MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Sunday, January 13, 2013

SAMBAL UDANG NGAUM-NGAUMAN

ASSALAMUALAIKUM...

Errrkkk! Apa yang mengaum????

sekor cukup???
KALAU ikutkan tekak Seri Kandi, udang sebesar dua tapak tangan Seri Kandi semalam ingin sekali Seri Kandi buat masak lemak cili padi ataupun buat gulai kawah. Udang masak gulai kawah??? Seri Kandi biar betul? Hehehehe.. okeylah tu udang masak gulai kawah, nanti Seri Kandi nak cuba buat ;-)))) Tapi... errr.. ada tapinya.. Pahlawan Seri Kandi tu berhajat sangat nak makan udang sambal tumis, baginya itulah masakan yang tersedap dalam donia. Jangan tak tahu, ER ni kalau boleh segala-galanya nak dimasak sambal tumis dari udang, sotong, ayam, daging, kerbau... semua nak masak sambal tumis. Sebab itulah Seri Kandi jarang benar masukkan resepi apa yang Seri Kandi masak sebab balik-balik sambal tumislah yang Seri Kandi masak, urmmm.

Tapi tak apa, demi menjaga perut hati suami dan Seri Kandi pula jenis yang tak kisah makan apa saja, Seri Kandi masakkanlah juga sambal tumis. Kali ini Seri Kandi nak ubah angin sedikit, Seri Kandi ingin mencuba sesuatu yang luar biasa bagi Seri Kandi iaitu sambal tumis yang tidak menggunakan bawang putih. Sebenarnya inilah pertama kali Seri Kandi jumpa resepi sambal tumis yang tidak menggunakan bawang putih iaitu di dapur Citarasa Rinduan. Pada mulanya Seri Kandi ingat yang bos CR, Ayu yang sungguh ayu tu terlupa nak tulis bawang putih dalam senarai bahan. Rupa-rupanya menurut Ayu, resepi sambal tumisnya memang tidak menggunakan bawang putih. Seri Kandi tak sangka, sedaplah sambal tumis yang tak gunakan bawang putih ni, selama ini Seri Kandi ingat bawang putih wajib guna dalam masakan rupanya resepi ini telah membuktikan tanpa bawang putih, sambal tumis tetap sedap. Kepada Ayu, terima kasih kerana tidak lokek berkongsi rahsia enaknya sambal di Citarasa Rinduan tu ya.

mengaum-ngaum udang di kuali
Sambal Tumis Udang 
olahan dari resepi sambal : Citarasa Rinduan

Bahan-bahan :
600 gm udang harimau (potong muncung yang tajam dan buang kulit tengah sahaja)
100gram lada kering yang telah digunting,direbus.***
3 Biji bawang besar.***
1/2 sudu garam
3 sudu gula pasir
1 sudu asam jawa adabi (habis stok.. Seri Kandi ganti dengan sekeping asam gelugor)
1 sudu udang kering*** (Seri Kandi ganti dengan 1/2 sudu belacan)
1 batang serai diketuk dan disimpul (Seri Kandi tambah)
1" halia dihiris kasar (Seri Kandi tambah)
minyak masak untuk menumis

Cara memasak sambal:
Kisar halus bahan bertanda ***
Panaskan kuali, tumis bahan kisar, halia dan serai. (Seri Kandi guna tiga senduk jer bahan kisar)
Apabila bahan lari dari minyak (cukup masak), masukkan udang, gula, garam dan asam jawa. Balik-balikkan udang perlahan.
Masak sehingga udang masak dan sambal hampir kering dengan api kecil.
Matikan api.


16 comments:

aDisH.sHidA said...

xpernah lak shida wat sambal udang tak letak bawang putih..dn letak serai n udang kering...

mesti sedap kan kalau ikut cara ayu..lepas nie boleh mencuba la..


akak skrg musim udang ke.sana sini orang sembang bab udang dan kebanyakan nya sambal udang

Abil Fikri Ahmad said...

Cm masterchef dia hias udang ngan nasi tu...

citarasa rinduan said...

tahniahhhhh..
like2..
thanks kerana mcuba..

resepi turun menurun tu.
hehehe....

bab tambah halia.. mmg betul tu sis u bahan mentah y berbau mcm udang,sotong...

mama sara nur said...

wah aummm aumm
kita pandang je lah sambil telan airliur he he sb tak makan udang tppp he he kena jugak masak kat cik abe yg memang feberet udang tu

azieazah said...

Ohh resipi dari tukang masak hebat nih. Pasni kena carik tukang kopek kulit udang plak. hehehhe

Kak Nik Ja said...

aum, aum...tapi betullah seri..udang kalau masak sambal..cukup ngetop gitew..masak2 lain..kita buh dlm waiting list..haha
besar deh udang dia...

ME said...

Wow nampak sangat sedap....

Nur-nba said...

Memang sungguh menyelerakan.. Tak pernah cuba lagi resepi Ayu.. Takpe.. pasti akan kucuba satu hari nanti.. Kalau akak nak tahu, Nur pun hantu sambal tumis.. hehe

Zurina said...

sedapnya...tmimpi2 nk makan sambal tumis jugak la...;)

TiranaAduka said...

salam kenal dari tirana aduka.jemput dtg jika ada kelapangan.

Kakzakie said...

Kakak pun buat sambal tumis mesti nak ada bawang putih. Baru tahu hari ini juga... kena cuba jugalah. Jangan masa masak lupa dah...

L said...

tinginnya nk merasa mak masak.. huu. smbal udang.. wuuuuu. sedapnye.

Kesuma Angsana said...

besaq nyer udang tu.. !

nanonano said...

seram tgk kegarangan udang rimau ni, merah menyalanya...
tp tetap telan air liur takot menitis, kehkehh

Rhu. said...

Salam semua :) memang sangat sedap sambal tumis tanpa bawang putih..cubalah! Pasti puas hati. Cuma versi saya bahannya ialah lada kering dan bawang holland sahaja. :)

Rhu. said...

Salam semua :) memang sangat sedap sambal tumis tanpa bawang putih..cubalah! Pasti puas hati. Cuma versi saya bahannya ialah lada kering dan bawang holland sahaja. :)

Share It

Anda Sukakan Ini?