MAKAN DI RESTORAN BOGABALI SEMPENA HARI JADI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


13 MEI lalu, Sk menyambut hari lahir yang ke 49. Setahun lagi nak masuk 5 series. Doa banyak-banyak agar panjang umur dan diberikan keafiaatan untuk mengecap usia 50 sebagai OKB, hehehe.. Aamiiinnn YRA 😁




Sedih sikit hari jadi tahun ni sebab kena tinggal dengan Pak Inche yang perlu menghadiri Team Building di Tadom Hill Resort selama 2H1M dan bersambung pula dengan mesyuarat pengurusan di KL selama 2H1M juga. Syukur, PI dah balik semalam petang, bolehlah Sk tuntut hadiah cincin berlian.. tungguuuuu! 


Hari yang hari jadi tu, Sk ajak Angah dan Cik Ani makan tengahari di Restoran Bogabali. Ini kali ketiga Sk ke sini, boleh klik link di bawah untuk baca pengalaman Sk di Restoran Bogabali yang kini menjadi tempat kegemaran Sk jika ingin menikmati masakan authentic dari Bali, Indonesia. 





Bakso Goreng dan Alpukat, pembuka selera Cik Ani. 


Hari jadi ni kita ngelatlah minum air manis, pilihan TTK, Pineapple Juice. 


Cawan tiga ketul berderet yang dihidangkan di meja selepas pelanggan membuat pesanan tu rupanya Air Serai, Sk fikirkan Air Gula, hahahaha. Ia macam welcome drinks la, tak pasti khasiatnya, rasanya sedap macam Air Beyh Royale. 


Cik Ani tak mahu makan nasi, dia pesan semangkuk Bihun Bakso.


Angah pilih Nasi Seafood Penyet. Seafoodnya cuma dua ekor udang dan seekor sotong yang digoreng celup tepung. Sotong tu macam liat sikit. Kabur pulak gambar ni, masa snap tak pakai cermin mata. 


Angah dan hidangan pilihannya. 


Kali ketiga ni, Sk pilih Nasi Jimbaran Siakap Bakar. Pilihan yang tidak mengecewakan. 


Beraksi dengan makanan pilihan masing-masing. Nanti nak ajak pulak kengkawan office makan kat sini, hehehehe 😀. 

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. happy belated birthday kak...moga sentiasa sihat sentiasa cantik,moga yang baik2 sentiasa mengiringi akak sepanjang usia

    ReplyDelete
  2. Nmapak sedap semua makanan..SA tgh craving bakso..tapi x nak bihun...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Kann Kakkk, sedap makan sini, puashati ..
    Lin suka tauhu goreng macam empek ke haper ekk namanya..

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah kekanda 🌹
    Semoga bahagia selalu hendaknya, diberi kesihatan yg baik dan rezeki yg tak pernah putus 🤲

    ReplyDelete
  5. Bila nampak bihun bakso terus rasa nak makan bihun bakso. Memang suka pun.....

    Unik sangat nama.....

    ReplyDelete
  6. Tahniah SK, sudah capai 49. Tahun depan boleh dah masuk gang Kak Amie hehehee.

    ReplyDelete
  7. Jadi pengiiiiin 😍😍🤭. Saya sendiri jarang makan makanan bali kak. Di jakarta tak banyak. Adaaa, tp yg halal sedikit. Paling suka sate lilit kalo dah ke Bali 😍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!