Assalamualaikum...
REPEAT nampaknya makan di Restoran Sup Lembu Tangkak pastinya kerana keenakan sup dan dagingnya yang lembut. Jangan keliru ya, walaupun namanya Sup Lembu Tangkak tapi restorannya terletak di Melaka dan tidak mempunyai cawangan di mana-mana termasuklah di Tangkak sekalipun. Dan restoran ini hanya menghidangkan 100% daging lembu yang semestinya disembelih mengikut syarak.
Disebabkan tak mahu terserempak dengan Lunch Hour yang pastinya akan membuat kami terpaksa menunggu meja, maka kami sampai ke sini sebaik sahaja check-out dari Moty Hotel. Sk dan Pak Inche memilih Kuey Teow Sup Campur saiz sederhana. Kalau kita minta campur maknanya ada urat, lemak dan organ lembu yang lain selain hirisan daging lembu. Kalau suka boleh tambah cuka dan lada sulah serta kicap cair. Bagi SK rasanya dah cukup sempurna, takyah tambah apa-apa lagi dah.
Yang suka pedas boleh makan dengan sambal yang disediakan. Dah senja-senja ni tak berani sangat nak makan pedas nanti sendiri yang sakit perut, kan. Jadi, kita ambil sambal secukup pedas sahaja.
Nyummmm... semalam makan asam pedas sambil menangis, makan sup lembu.. hati di dalam siapa tahu.
Masih lengang lagi sebab baru jam 12.30. Ni pun dah mula ramai di sebelah depan. Kami makan tenang-tenang sahaja sebab tak ada siapa tunggu meja kami, kalau ada segan juga nak berlama-lama, kesian tengok orang berdiri tercangak-cangak cari meja kosong, kan. Untuk maklumat lanjut tentang Restoran Sup Lembu Tangkak, boleh klik link di bawah :
Kalau repeat tu maknanya mesti sedap =D
ReplyDeleteAssalamualaikum seri...meriahnya mkn dia...honey moon berdua yer..
ReplyDeleteKalau daging lembu tempatan yang fresh memanglah sedap
ReplyDeleteFav SA ni..SA dah jumpa satu tempat kat Sungai Buloh...balik kerja petang ni nak singgah la sebab SA tengah meragam tekak
ReplyDeleteRasa daging dia sedapkannn kak...lama tak kesini makan..
ReplyDelete