BIHUN SUP ABAH KAW

Assalamualaikum... 

PANTANG tahu di mana-mana yang ada Bihun Sup Utara pior,  pasti Pak Inche nak pergi kalau kena dengan laluannya. Macam baru-baru ni,  semasa dalam perjalanan pulang dari menghantar Iman ke Poli,  tak habis-habis berzikir pasal Bihun Sup Abah Kaw ni.  Walaupun dah kenyang,  tapi Sk layankan ajelah Pak Inche nak singgah.  Alah,  dekat aje pun tempatnya dari Ipoh tu. 


Cuma gerai kampung aje untuk orang kampung melepak. Selain Bihun Sup,  Abah Kaw turut menjual Bakso dan Laksa.  Bihun Sup pun ada gred jugak iaitu biasa,  special dan double special.  Pak Inche minta double special.  Sk pulak belum rasa nak makan lagi. 


Pehhh..  Selambak ui dagingnya macam kat Bihun Sup Daging Selambak, Ayer Hitam tu tapi yang ni double special siap ada tulang.  Pak Inche mencuba sesudu dan mengangguk-angguk.  Sk pun cubalah juga sesudu..  Wallaweiiii..!! 


Terus tanya kakak warung tu.. kuey teow ada tak,  kak?  Bila kakak tu kata ada,  terus minta semangkuk Kuey Teow Sup, hahaha. 

Tu diaaaa...  Tak utara la kalau tak ada sambai merah.  Memang sedap giler.. kenalah dengan nama kedainya Bihun Sup Abah Kaw!!  Hahahaha. 

Bihun Sup Abah Kaw
Taman Kinta,  Gopeng


5 comments:

  1. Aduhaiiiii...telan ailio SA baca entry ni ha.....berbunyi terus perut...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Kalau nak ke Paka, ikut higway LPT akan lalu jalan Dabor, akan jumpa gak satu warung Sup Abah kak, kita pernah try dulu sekali, macm gini gak konsepnya, daging penuh semangkuk! Syka sambal dia tu...

    ReplyDelete
  3. Perghh!! Mewahnya daging dia. Balik kena on Omega ni >.< memang terbaik dari ladangggg..

    ReplyDelete
  4. tu dia dagingggg...berlambak-lambakkkkk

    ReplyDelete
  5. Berlambak2nya daging sampai tak nampak bihunnya

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih