BUBUR NASI NO 1 YANG SANGAT ISTIMEWA

Assalamualaikum...

DAH berjanji dengan Iman,  sebelum dia balik ke Ipoh hari ini,  kami akan bawa makan Bubur Nasi Istimewa No 1 yang terletak di Taman Sentosa,  JB.

Bercinta jugak sebenarnya nak makan di sini kerana kawasannya yang sibuk dan parking pun tak berapa nak banyak.  Sebenarnya bukan parking tak banyak,  tapu keretanya yang banyak.  Teringat hari tu,  Iman ada ternampak kedai Bubur Nasi No 1 di Larkin,  jadi Sk ambil keputusan untuk makan sahaja di kedai dan melupakan hasrat menjejak nostalgia makan bubur nasi di Taman Sentosa.


Gembira Iman bila nampak Restoran Bubur Nasi No 1 ni depan mata. Dengan lokasi yang lebih bersih dan selamat kini kita boleh menikmati bubur nasi berlauk yang menjadi kegemaran warga JB ni dengan lebih tenang dan selesa tau. 


Iman mengajak makan di ruangan dalam.  Deko kedai yang menggunakan latarbelakang putih dan jingga menjadikan mata begitu luas memandang. 


Tidak sekadar bubur nasi,  banyak juga menu lain yang boleh anda pesan. Jadi,  kalau datang ramai-ramai tapi ada seorang tak nak makan bubur nasi, ia tidak menjadi masalah. Pesanan diambil menggunakan aplikasi melalui gadjet yang dihantar terus ke dapur.


Tak sampai 5 minit,  semuanya telah terhidang di depan mata.  Satu set bubur berlauk mengandungi semangkuk bubur kosong,  sepiring kangkung goreng belacan,  sambal, cincangan lobak jeruk,  kacang tanah,  telur masin dan yang paling istimewa lauk ikan bilis yang dimasak bersama bawang dan diperah jus limau nipis. Jika suka kicap manis turut disediakan bagi mereka yang gemar bubur berkicap. 


Inilah cara kami menikmati bubur nasi.
Semua lauk dicurahkan ke dalam mangkuk bubur dan digaul sebati kecuali telur masin. Nikmatnya makan panas-panas siap minta kangkung belacan extra,  hahahaha. 

Burppp!  Alhamdulillahhh.. 

7 comments:

  1. dekat nong chik pon ade jugak kak seri

    ReplyDelete
  2. aduhhh sedappnyaaa nii! menu febrettt

    ReplyDelete
  3. Kita suka yang sentosa tu kedai hujung depan kedai Oppo, kangkung dia masak panas-panas...kalau bubur no1 yang tengah-tengah tu order je, tak sampai 2 minit dah sampai, pastu semua sejuk kejung!
    Makan kedai cmni belum try..

    ReplyDelete
  4. lama betul tak makan kat sentosa tu... rasa nak pi terjah je kedai ni nanti

    ReplyDelete
  5. Sedapnya bubur berlauk...SA hari- hari makan bubur, lauk samda ikan goreng atau dada ayam goreng..nak buat la macam ni...ada banyak lauk...tp kena check jenis lauk nak combine kan...SA skrg x leh silap sikit...

    ReplyDelete
  6. sedap nye laa haiii.. kena pula dengan telur asin campur kangkung goreng tu..fuhh, terangkat :-)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih