JUADAH AIDILADHA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

JUADAH AIDILADHA

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. semalam umat Islam di seluruh Malaysia meraikan Aidiladha.
Tahun ini, Sk sekeluarga berhari raya di Johor. Walaupun cuti panjang, Pak Inche tidaklah pula mengajak pulang ke kampung halamannya di Kedah padahal Jumaat lepas kami sendiri yang pergi menjemput Iman balik bercuti dari Ipoh. Ipoh dan Kedah macam dah dekat tapi mungkin kerana tuntutan kerja, Pak Inche memilih beraya di Johor. Jumaat ini akan berlangsung Pameran MyRumah anjuran Media Prima di JBCC maka ia tentunya lebih penting dari beraya di kampung.


Meriah rumah Angah/Ibu semalam dengan juadah raya Aidiladha.
Ibu, Angah dan Cikwa menyediakan Sayur Lodeh, Rendang Daging, Rendang Ayam dan Sambal Goreng. Sayangnya tak ada Sambal Cengeng kegemaran Sk. Angah cuma rebus ketupat segera yang lebih mudah dan cepat.

Sambal Goreng Cikwa dalam kedudukan di hadapan, hahaha.


Iman suruh pusing pinggan, jadi sekarang, rendang daging berada di depan kamera.
Ada tiga rendang daging iaitu rendang daging ibu, rendang daging Sk versi basah dan rendang daging Sk versi kering. Maklumlah, banyak anak tekak, yang sorang nak basah, yang sorang nak kering. Tahun ini tak ada rendang nasib.



Lepas makan lontong, Iman makan soto. Dalam gambar ni tak lengkap Soto Iman sebab dia tak letak suhun goreng dan taugeh.. tak suka katanya. Tapi petang tu, kita balun lagi seround, Sk masukkan semua, dia makan pulak, hahaha. Hurmmm.. kenapa tah tak ambil gambar, dah lapar masa tu baru bangun tidur, kui kui.

Oh, ya.. kali ni Sk sediakan Soto Ayam sebab Pak Inche tak makan Lontong. Kami pilih soto ayam sebab Pak Inche nak makan Soto Ayam stail Soto Skudai yang memasukkan segala kulit dan tulang ayam dalam hidangan. Sk memang dah tak larat dah nak ambil gambar cantik dan complete semalam, rasa nak pengsannnnnnn.. hahahaha.


Yang dalam container segiempat tu semua hidangan yang Sk sediakan di pagi raya.
Set soto dan Rendang Daging Ala Tok Min permintaan Pak Inche yang sukakan rendang yang kering.Yang dalam bekas ungu tu Bergedil Kambing, pehhh.. seronok giler sebab boleh makan bergedil puas-puas, pendek kata, setiap suapan soto tu mesti ada bergedil, hahaha. Tapi, kata Angah, bila suap bergedil tu, rasa dia mendominasi rasa yang lain-lain. Hahahaha.. 

Mbekkkk… mbekkkkk!




11 comments:

  1. Meriah menunyaa..sama kita Kak, tahun ni Emak tak masak, kakinya jatuh tisu koyak. Maka kami 3 beradik semua masak bawa uma mak, kecuali no3 tu je dtg petang bawak sup tulang.
    Eh nnati malam la baca citenya hahahaha autopost malam hahahaha

    ReplyDelete
  2. Haha lucu nye angah... Btw menu tu mmg best, tgok gambar pon terliur...

    ReplyDelete
  3. Whatttttt?? Bergedil kambingggg!! 😋😋😋

    ReplyDelete
  4. Sedapnya la makanan raya..SA sempat la merasa rendang daging sesudu, rendang ayam seketul dan sup tulang seketul..jadi la..rasa sikit2 sebab kesihatan x mengizinkan..hehehe..kena jaga pemakanan sampai next appointment nanti...

    ReplyDelete
  5. camne ek rasanya bergedil kambing tu.....

    ReplyDelete
  6. ya allahhhhhhhh kenapa sedap sangat semuanyaaaaa

    ReplyDelete
  7. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih