NASI KERABU KELANTAN YANG PALING SEDAP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

NASI KERABU KELANTAN YANG PALING SEDAP

Assalamualaikum...


DAH banyak tempat Sk beli dan makan Nasi Kerabu namun belum ada lagi yang dapat mengalahkan Nasi Kerabu di Warung Kak Yah yang terletak di Kampung Pasir Tampoi. Rasanya ini bukan kali pertama Sk cerita tentang Nasi Kerabu Kak Yah ni. Memang banyak aje kedai yang menjual nasi kerabu termasuklah di pasar malam dan pasar ramadhan namun Nasi Kerabu Kak Yah jugaklah yang terbaik dan cukup lauk-pauknya.

Nasi Bunga Telang

Nasi berwarna biru yang dihasilkan dari air bunga telang bukannya dari sebarang pewarna atau perisa. Nasinya lembut dan lembab tetapi bukan lembik menyebabkan ia cukup serasi apabila digaul bersama ulam dan serunding kelapa.

Ulam

Taugeh, kubis dan dedaunan ulam lain yang dihiris dan dihidangkan bersama Nasi Bunga Telang. Yang penting, Kak Yah tak kedekut letak ulam dalam pinggan kita. 

Serunding/ Sambal Kelapa
Sk panggil serunding kelapa tapi ia sebenarnya sambal kelapa dimana parutan kelapa digoreng dan  digaul dengan isi ikan yang ditumbuk. Memang tak sama langsung dengan serunding yang dimakan dengan lontong tu tau.

Budu dan Sambal Belacan

Dua elemen yang amat penting dalam membina nasi kerabu. pehh.. bina tu, macam nak bina rumah ek, hehehe. Ada sesetengah tempat dia letak sambal tumis tapi di Kak Yah ni letak sambal belacan. Sambal belacannya memang sedap dan pedas, makan sampai meleleh air mata tapi puas. 

Solok Lada

Ini paling win. Lada hijau yang disumbat dengan isi ikan. Patahkan separuh dan suap ke mulut, wallaaaaaaa.

Telur Masin

Kalau tak ada telur masin, memang tak lalu nak makan nasi kerabu. Dulu telur ni separuh sekarang tinggal suku tapi Nasi Kerabu Kak Yah tetap menjadi pojaan hatiku.

Daging Bakar

Dalam banyak-banyak lauk yang selalu dipadankan dengan Nasi Kerabu, Sk pilih daging bakar. Ada jer yang makan Nasi Kerabu dengan Ayam atau Ikan Percik atau Daging Goreng Kunyit tapi Sk paling suka makan daging bakar sambal dicolek kat sambal belacan pedas meletop tu, hahaha.

Keropok Ikan

Sambil makan nasi, diselang seli dengan menyuap keropok ikan, anda akan berasa bagai benar-benar berada di negeri Cik Siti Wan Kembang .. Lama-lama badan pun makin kembang sebab asyik pergi Warung Kak Yah, hahhaha.

7 comments:

  1. Kita pernah makan kat sini Kak masa duk Bukit Indah dulu, memang sedap ni kat sini...dari tak suka budu, sampai daku mintak lebih kuah budunya hahahahahah

    ReplyDelete
  2. dulu suka juga makan nasi kerabu tapi sekarang tak berapa dah. ke kena pergi kedai ni kot baru suka balik.

    ReplyDelete
  3. feveret tu nasi kerabu..nanti blh try lah sini..

    ReplyDelete
  4. nasi kerabu ni kalo jumpa yang sedap, perghhhhh memang bole sampai ke negeri cik siti wan kembang tu...hahhahahah

    ReplyDelete
  5. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih