JALAN-JALAN DI PASAR TAMU - Alam Sari Di Tanah Jauhar

JALAN-JALAN DI PASAR TAMU

Assalamualaikum... 

KONSEP berniaga dengan memacak gerai buat sementara waktu,  sudah tidak asing di negara kita. Biasanya sesuatu tempat itu akan mengadakan aktiviti perniagaan seminggu sekali atau dua kali. Peniaga-peniaga ini juga berpindah operasi dari satu tempat ke satu tempat berlainan setiap hari.  Kalau masa Sk kecil dulu,  di tempat Sk tinggal di daerah Pontian,  ia dikenali sebagai Pasar Lambak yang mana perniagaan akan berlangsung di sebelah pagi manakala perniagaan yang berlangsung di sebelah malam di sebut sebagai Pasar Malam.  

Di sebelah utara, atau di kampung Pak Inche,  pasar malamnya akan berlangsung dua kali seminggu dan dibuka seawal 5 petang hingga 10 malam.  Istimewanya pula,  setiap pagi Sabtu akan berlangsung pula Pekan Sabtu yang dibuka seawal jam 7 pagi dan berakhir di waktu tengahari. Barang dagangan semua pasar ini sama sahaja,  dari pakaian,  keperluan rumah,  keperluan peribadi,  tanaman,  sayur-sayuran,  buah-buahan, hasil laut dan ternakan serta makanan dan minuman.


Begitu juga dengan Pasar Tamu yang kami singgah pada hari sabtu iaitu hari ke empat kami mengikuti Media FAM Trip to Tawau - Lahad Datu - Sandakan. Jadi, Sk mengambil kesempatan untuk meninjau apa keistimewaan Pasar Tamu berbanding tempat lain di Semenanjung. Tentunya mencari sesuatu yang tidak dijual di Semenanjung. Apa dia?  Jom kita tengok!


 Ini merupakan kepingan ikan mayong yang diperap dengan kicap dan rempah ratus.Ya, memang tak pernah jumpa lagi di seluruh pasar malam, pasar pagi, pasar lambak, pasar tani mahupun pekan sabtu, hihi. Sk beli jugak dua bungkus, sedap ui rasa macam sate, hehehe.
Nak goreng pun keliru berapa lama nak goreng, jadi pakai agak-agak sajalah nasib baik betul kejadiannya.


Pisang Bakar. Ni pisang apa? SK tak tahu, hehe. Pisang ni dibakar bulat-bulat gitu, kemudian disapukan margerin dan disalut dengan gula icing. Jangan makan panas-panas mau melocot dalam mulut, haha, tunggu suam baru makan, sedap. Ni pun Sk tak pernah jumpa lagi jual d tempat Sk.


Kuih Basong. Rasanya seakan kuih tepung pelita tapi cuma ada satu lapisan hijau yang manis. Ada rasa lemak santan dan bau wangi pandan ditambah pula diletakkan dalam kelongsong daun pisang sebelum dikukus hingga masak, sedapppp!


Pelbagai jenis Pulut Panggang dengan inti yang berbeza. Ada ikan, udang dan daging. SK pilih inti udang. Ni kalau di JB pun biasa jumpa yang inti serunding kelapa, kan. Samalah lebih kurang kejadiannya tu.


Nampak macam rendang tapi bukan. SK pun lupa apa nama lauk ni, hihi.
Tapi minyaknya banyak betul, mungkin mengelak cepat basi.


Pun berladung minyaknya di bawah, hihi. Ini Terung Masak Sambal tapi sambalnya tu nampak lain kan. Apa-apa masakan terung macam ni memang nampak sungguh menyelerakan, rasa macam nak beli aje tapi dah ada plan nak makan di tempat lain pulak lepas ni.


Kerabu Rumpai Laut. Ini Sis Lin beli. Rumpai laut yang dah direbus ni digaul bersama mangga muda. Sis Lin kata sedap sebab ada mangga muda. SK cuba makan rumpainya sahaja tapi...
Sunah tanya kenapa? Sebab ada rasa laut, heheh. Ingat lagi dulu rumpai laut ni pernah viral kan, SK pun terhasut jugak siap rebus dan masa nak minum tu campur oren sunquick. Tapi nan hado cantik jugak, hahaha.


Nasi lemak kuning yang dibungkus dalam plastik bersama lauk dan telur yang dibelah dua.
Kelakar pulak tengok telur dalam plastik tu. 


Orang kata, kalau ke Sabah wajib cuba buah tarap ni. Sk tak pasti adakah ia buah bermusim atau sentiasa ada. Rupanya macam cempedak sikit tapi durinya macam lidi penyapu. Rupa isinya macam cempedak tetapi lebih kecil sebesar ibu jari dengan rasa masam manis namun ia sedikit berair.


Nampak macam meatball, kan. Ini amplang yang direbus, tak silap SK diberitahu kalau warna gelap macam ni ia menggunakan isi ikan tamban. Harganya RM1 untuk 6 butir, dicicah dengan sos yang dimasukkan sekali ke dalam plastik bungkusan.


Pelbagai jenis ikan yang dibakar. Mesti seronok tinggal di Sandakan sebab hari-hari boleh makan ikan bakar macam ni.


Bahagian-bahagian ayam yang juga dibakar. Oh, sedapnya kalau dapat.


Yang ni mungkin ikan Sungai Kinabatangan kot, hehe.


Pelbagai jenis kek lapis. Ingatkan Sarawak sahaja yang terkenal dengan kek lapis.


Kreatif sungguh hiasan atas pau coklat ni kan.


Pelbagai jenis pulut berinti yang dibalut dnegan daun.. daun apa ni ek?


Pelbagai jenis dumpling.


Pelbagai jenis kuih talam.


Pulut juga yang dibungkus, intinya ialah kacang tumbuk yang manis.
Namanya Kacung.


Tapai Nasi.. SK tanya pulut atau nasi dalamnya, penjual kata, nasi.


Kacung jugak. Rasanya ini makanan tradisi masyarakat asli Sandakan sebab Sk jumpa banyak gerai jual kuih kacung ni. Sk beli juga untuk mencuba, sedap tapi SK lebih suka pulut yang dimakan dengan sesuatu yang masin dan pedas.

Dah.. jom balik!

11 comments:

  1. Kalau boleh semua nak di beli..tapi fikirkan selepas tu nak pergi makan, terus tak jadi...kan best kalau beli then lepas makan reramai kannn...arghh rindu!!

    ReplyDelete
  2. kalau takde plan nak makan tempat lain mesti balik tangan penuh kan SK?

    ReplyDelete
  3. kalo sabah sarawak, rasanya memang common tapai nasi...datang johor dulu baru jumpa tapai pulut...rindu pulak buah tarap

    ReplyDelete
  4. Seronoknya berjalan tempat orang dah explore semua jenis makanan kan...

    ReplyDelete
  5. Thanks for share, mampir juga yuk http://bit.ly/2oaZ95d

    ReplyDelete
  6. Sempat tak rasa semua? Pulut panggang tu suka sgt tapi tak pernah dengar ada inti lain. Mesti sedap jugak kan. Pisang bakar tu pon nampak rare.

    ReplyDelete
  7. Bestnyaa. mcm2 makanan unik ada. yang tak pernah tgok pun byk kn.

    ReplyDelete
  8. banyaknya makanan yang sedap-sedap. kebanyakkannya tak pernah rasa.

    ReplyDelete
  9. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    WA: +85577773548
    Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM

    KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL

    WELCOM : WWW . SMSQQ . COM

    I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ

    ReplyDelete
  10. Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi

    Agen Sepak Bola Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola

    Agen Sbobet Judi Bola

    Judi Sepak Bola Terbaik

    Agen Judi Online

    Bandar judi ikan

    Agen sabung ayam

    judi sabung ayam

    judi tembak Ikan

    Agenjudi tembak ikan terbaik

    judi Sbobet Online

    Judi Sportsbook Online

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih