RAINFOREST DISCOVERY CENTRE DAN SANDAKAN MEMORIAL PARK - Alam Sari Di Tanah Jauhar

RAINFOREST DISCOVERY CENTRE DAN SANDAKAN MEMORIAL PARK

Assalamualaikum...

ADA yang kata, Hi SK, masih tak boleh move on kah lagi dengan 
Media FAM Trip To Tawau - Lahad Datu - Sandakan
???

Jawapannya ya, selagi tugasannya belum selesai, selagi itulah tak boleh move on, hahaha.
Tapi, realitinya memang ada rindu yang tertinggal di sana, mungkin perlu datang balik ke Sandakan mengutip rindu yang tinggal, kahhhhh. Okey, jiwang sekejap, hahahah.

Sambungan dari sini ya...

Rainforest Discovery Centre

Perjalanan diteruskan ke Rainforest Discovery Centre (RDC) yang juga terletak di Sepilok, Sandakan. RDC merupakan sebahagian dari Hutan Simpan Kabili-Sepilok dan dijadikan salah satu pusat pendidikan alam sekitar yang paling terkenal di Sabah.


Di RDC, kita boleh bersiar-siar di dalam hutan dan di sini Sk dan sebahagian rakan media memilih untuk berjalan di sepanjang 147 meter panjang laluan pejalan kaki kanopi (Canopy Walk) sambil menikmati pemandangan hutan hujan yang indah setinggi 28 meter di atas tanah.


Walaupun pada mulanya merasa agak gayat berjalan di Canopy Walk ini namun perasaan itu hilang apabila diyakinkan oleh guide yang membawa kami bahawa walaupun disusun gajah sepenuh-penuh laluan pun,  canopy walk ini tetap utuh dan tak akan roboh.  Begitulah kekuatan canopy walk yang digambarkan. 


Pengunjung juga dibolehkan berjalan kaki pada waktu malam di sepanjang denai  untuk melihat hidupan liar yang tinggal di dalam hutan ini, seperti pelanduk, musang, tarsier comel dan pelbagai jenis serangga dan burung. Di sini Sk terpegun melihat sepohon Pokok Tualang yang tinggi menjulang awan. Lepas ni tak boleh komplen dah kenapa madu tualang mahal, nampak dalam Majalah Tiga memang pokoknya tinggi tapi bila tengok dengan mata kepala sendiri, Subhanallah... sayupppppppppp puncaknya.


Bagi pencinta flora, terdapat banyak yang boleh dilihat di taman ini antaranya kira-kira 250 spesis orkid asli yang berkembang mekar. Keluarga orkid adalah kumpulan tumbuhan berbunga terbesar di seluruh dunia dengan kira-kira 25,000 spesis liar secara keseluruhan. Peminat, ahli ilmiah dan saintis yang sedang meningkat dari semua lapisan masyarakat akan dapat meneroka dengan lebih lanjut mengenai keajaiban hutan hujan melalui RDC yang unik yang membantu meningkatkan kesedaran masyarakat umum dan menghargai kepentingan pemuliharaan serta penggunaan sumber hutan yang mampan.

Alamat:

Rainforest Discovery Centre
 PO Box 1407, 90715 Sandakan, Sabah, Malaysia

Telefon: +6089-533 780/ 533781


Sandakan Memorial Park


Belum pun hilang lelah, kami dibawa singgah ke Sandakan Memorial Park yang terletak di Hutan Simpan Sibuga. Taman Memorial Sandakan ini adalah tapak peringatan yang dibina di bekas bekas kubu Sandakan di negeri Sabah. Laman ini didedikasikan sebagai ingatan untuk semua tahanan di kem yang meninggal semasa Sandakan dijajah dan kepada mereka yang meninggal semasa berarak ke Ranau.


Penjajahan di Sabah merupakan tempoh ketakutan dan penderitaan bagi rakyat tempatan. Kaum lelaki tempatan sering dijadikan sebagai buruh paksa projek. Ramai yang meninggal dunia dalam keadaan teruk.


Semasa tempoh kesusahan itu, anggota polis tempatan dan bebeapa individu yang berani telah bergabung menyertai pasukan penentang dan antara inisiatif mereka yang lain ialah menubuhkan rangkaian bawah tanah untuk membantu tahanan perang. 


Atas risiko sendiri, mereka telah membantu menyembunyikan mereka yang berjaya melarikan diri, menyeludup makanan, pakaian dan bekalan perubatan kepada mereka yang di dalam tahanan dan memaklumkan mereka tentang berita dunia luar.


Ada yang meninggal dunia bersama-sama tahanan perang semasa pembinaan landasan kapal terbang. Orang tempatan juga ditangkap kerana penglibatan mereka atau kerana disyakki terlibat dengan aktiviti-aktiviti tertentu. Dianggarkan 16 peratus penduduk Sabah telah tidak terselamat semasa tempoh tiga tahun penjajahan.


Kawasan dalam Taman Peringatan ini khusus bagi memperingati keberanian dan pengorbanan semua wira yang terlibat dengan gerakan penentang bawah tanah di Sandakan. Keberanian luar biasa mereka melebihi tugas dan tanggungjawab mereka.


Mereka yang terlibat dalam Sandakan Underground termasuk mereka yang tersenarai di bawah telah dihukum mati pada 2 Mac 1944 dan diperingati di kubur wira-wira di Kuching iaitu :

Jemadar Ojagar Singh
Alexander Clarence Leonard Funk
Sergeant Abin
Ernesto Lagan
Heng Joo Ming
Wong Mu Sing
Felix Azcona Junior
Matusup bin Gungau


Maklumat lanjut dan senarai kehormat keseluruhan orang-orang tempatan yang telah membantu tahanan perang dan tentera Australia di Sandakan boleh dirujuk kepada kad khas yang terdapat di Pavilion.

Sandakan Memorial Park
Alamat : Mile 8, Jalan Labuk, Taman Rimba, 90702 Sandakan, Sabah

Telefon: 089 275 400

Nota : Program lawatan ini telah mendapat kerjasama dan sokongan dari Malaysia Airlines,  MASwings, Sabah Tourism Board,  Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.

Perkongsian pengalaman peserta boleh dilihat di laman sosial melalui tanda pagar #VisitMalaysia2020 #VM2020 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia
#SyiokOSabah #SabahOKbah #visitsandakan #makansandakan
#experiencesandakan
#theWILD #theSAVOURY #theSTORIES #sandakanfoodfest #foodieSandakan
#TourismMalaysia #MalaysianHospitality #maswingmates

7 comments:

  1. Bestnyaaa canopy walk tu. Elok je kan jambatan dia. Bukan kayu. Memorial park tu pun nmpk bersih terjaya. Elok deme jaga

    ReplyDelete
  2. Geram bila nampak orkid dari jauh...dalam hutan pun boleh hidup segar..cuba tanam sendiri, hampeh kojol tak sampai seminggu hahahahha

    ReplyDelete
  3. Best la Sabah...banyak tempat boleh explore

    ReplyDelete
  4. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    WA: +85577773548
    Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM

    KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL

    WELCOM : WWW . SMSQQ . COM

    I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ

    ReplyDelete
  5. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih