kisah hujung minggu

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Salam Sejahtera, selamat berhujung minggu. Nampaknya esok saya akan kembali meneruskan rutin hari Isnin... dush! Malasnya, tapi apa nak buat, perjuangan belum selesai.
Ermmm.. kenapa malas-malas pulak nak pergi kerja ek. Sebenarnya saya punya encik pemandu yang setia, sedang enak-enak berjalan di luar negara mengikuti 'company trip' ke Pattaya sejak Jumaat dan dia bertolak ke KL seawal hari Khamis dari LTAS kerana pesawat akan berlepas dari KLIA.
Tinggallah kami dua beranak di rumah. Sebab malas nak menempuh kesesakan jalanraya yang tak pernah selesai, saya mengambil cuti rehat tahunan pada hari Jumaat dan esok... mmm.. apa boleh buat, kenalah menahan sesak di dada, silap-silap boleh kena darah tinggi.
Kebetulan pula seorang adik saya yang bekerja di KL, pulang bercuti seminggu selepas berkursus seminggu juga di PD, jadi dia ni sibuk sangat suruh buatkan kuih untuk dia makan-makan, boleh.. tapi ada syaratlah, kena tidur kat rumah saya dan tolonglah.. sempatlah saya buatkan sebijik brownies dan cistat dua versi. Apa yang dua versi, mmm.. boleh tengok gambar di bawah ni.
Masa sarapan pagi, tak tahu nak sarapan apa pasal lupa nak beli roti, mmm, selak-selak fail resepi terjumpalah resepi Pai Pasta Cendawan, buka kabinet ada pasta macaroni, mmm, sedap ni..

Brownies ni saya dah buat sekali pada minggu lepas tapi tak kena gaya, ikut resepi suruh bakar 20 minit dan tuangkan adunan cheese, mungkin oven saya tak boleh berapa ikut masa dalam resepi, adunan cheese masuk terus dalam adunan brownies.. huhu, jadi lapisan cheese semua dah ada kat bawah, ada gak yang termenyelinap di tengah-tengah brownies, tapi rasanya memang sedap, cuma agak manis.

Jadi kali ni saya kurangkan sukatan gula, tak sangka pulak, bila gula kurang, rasa pahit coklat tu memang tertinggal di tekak, mmm, rupa dah lawa, tapi pahit sikit. fenin-fenin...

Cistat tu pulak almaklumlah kerana comel sangatlah acuannya, jadi mengahlah nak mencetaknya, lalu saya buat dua versi, satu guna cetak, satu guna paper cup yang diletakkan dalam loyang muffin saiz kecil, hihi.. jadi cepatlah sikit siapnya.


Yang si Yaya pulak sibuk sangat nak ajak berjalan, dush! Maknya dahlah penat buat kuih, anak sibuk nak berjalan, tapi saya turutkan jugak, maklumlah kalau dah berjalan tu, maka duitnya mengalir macam air, dahlah Jumaat lepas baru sedar lesen mati..hik2, nasib baik baru dua minggu matinya dan nasib baik perasan.. duit juga.
Bila dah berjalan tu, rasa malaslah pulak nak balik rumah pasal dah malam, maka dengan sehelai sepinggang tu jugaklah saya menyewa ops.. hihi, tumpang tidur di rumah ibu. Memang langkah kanan, sebab adik bongsu saya sedang menjala ikan.. eh, roti jala.. ibu pulak masak kari ikan, best2, memang feberet, ada kot 10 keping masuk perut.. dush!

Punyalah rajin adik saya pagi ni buat sarapan nasi goreng (tiada dalam gambar.. hehe) sempat pulak menggoreng ubi kayu berempah.. perghhhh...

sila-sila, ada pulak puding koktel buat penyeri.

Hmmm, tak boleh lama-lama kat sini, nanti badan naik berkati-kati, lepas sarapan saya terus minta diri, meredah hujan renyai pagi hari, terbayang nak sambung tidur lagi..
Tapi sampai rumah tengok pulak kasut sekolah yang basuh semalam tak kering lagi. Kalau dulu-dulu zaman kita sekolah alamatnya letak bawah peti ais, yang ni takkan nak masuk oven pulak.. huhu. Alternatif lain terpaksa suruh Yaya buat camni..



Nota pengarang: Harap maaf, gambar kurang kualiti kerana hanya menggunakan kamera telefon yang tak canggih.. hihi..
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. menariknya cuti kak yus. macam2 ader

    ReplyDelete
  2. kalu org anak 3 msti lg mcm2 hal kan.. hehe.

    ReplyDelete
  3. hmm..pon letak bwh peti ais time dedulu..hehe..skrg..letak blakang peti ais :))

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!