KHURAFAT - MEMBIKINKU TERNGANGA..

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

ASSALAMUALAIKUM wbt


TETIBA pulak hari ini nak mengulas tentang filem. Pelikkan, janganlah pelik.. sebenarnya pernah juga saya mengulas tentang novel di Alam Sari ini tapi sayangnya tak diterbitkan sebab tiba-tiba rasa bila baca balik macam tak berapa nak sedap pulak.. hehe. Yang ini kalau anda dapat baca sampai habis maknanya saya rasa apa yang saya tulis ni sedaplah kot, kalau tak, tiadalah entri ini... kih.. kih.. kih.


Bila kali terakhir anda menonton filem Melayu seram di panggung? Saya sendiri tak ingat kerana saya ni merupakan peminat filem Melayu sama ada cinta, komedi atau seram. Tapi tolonglah jangan cerita seram yang sama. Kalau asyik topik yang sama diulang maka dengan sendirinya saya akan tawar hati untuk ke panggung, menghabiskan duit jer rasanya kalau balik-balik ceritanya tentang saka dan seorang ustaz yang terror yang bunyi ayatnya sama jer. Boleh termuntah terbelahak kalau asyik dihidangkan dengan jalan cerita yang sama, jeritan-jeritan yang sama nada... aish! Pergi makan tosei lagi bestlah macam tu... hehehe.


Tapi bila filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, kami tiga beranak teruja ke panggung kerana nak tengok jugalah sekuel Zombie Mamat Khalid. Terbahak-bahaklah ketawa sehingga sakit perut dan rahang, nasib baiklah kerusi panggung tak terbalik melihat gelagat Usop berlari menolak kerusi roda. Alamak... dah salah screen ni, konon tadi nak cerita pasal filem Khurafat tapi dah masuk filem lain pulak, maaf ya... hik.. hik.. hik...


Ini status saya di FB...


Yusa Sari Ibrahim sesapa yg pnakut dnasihatkan jgn tngok cete ni tapi rugilah kalu korg tak tngok, sapa yg kata cete hantu mlayu bodoh korang msti tngok cete ni, jgn samakan syamsul yusof dgn ahmad idham, farid kamil sume.. dgn mamat khalid... lagilah! sbuah filem seram yg bijak yg tak tercapai dek akalmu... tahniah Syamsul!


Ya, cerita yang bijak, sarat dengan mesej dan pengajaran. Setiap kata hendaklah dikota kerana telah berjanji untuk taat dan setia tidak berpaling tadah. Terlajak perbuatan maka padahlah akibat yang menanti.


Filem ini bergerak dengan pantas tetapi anda tidak akan ketinggalan. Penyampaian dialognya amat jelas dan tiada bisikan walaupun bercakap di dalam gelap. Tiada gangguan muzik latarbelakang yang mengganggu pendengaran, tiada jeritan hantu yang bersahut-sahutan, tiada muzik seram yang menjadi peneman tetapi kesuraman malam sudah membuat darah berderau ketakutan.


Kembali bernafas apabila malam berubah siang, kembali berdebar apabila siang membuka tabir malam. Suasana seram di bilik mayat seolah-olah membawa kita ke dalam diri sang hero yang diburu gangguan yang menyeramkan. Saya tak ingin menceritakan kisah yang jelas. Paksalah diri anda ke panggung menonton filem ini, anda tidak akan menyesal!


Tahniah untuk semua krew dan pelakon, tahniah Syamsul DYH.
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lelord, kalau ada peluang jer tengok.. Ngangkung dah tengok kan.. Yus pun lum tengok Ngangkung takut tercangkung... hehehe

    ReplyDelete
  2. KAK

    entry nie dah buatkan ayu rasa nak pi panggung tak sabor.
    thanks......

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaa tulisanmu membuak2kan semangat nak serbu panggung!!!!

    ReplyDelete
  4. Boleh bawak selimut tak?...takut lahhh... :-)

    ReplyDelete
  5. Ayu, jangan dilengah2kan lagi... hihihi..

    Fiza, membuak2 tu lagi bagus, jgn membuak2 nak lari kuar panggung sudaa...

    Cik Mat, boleh sesangat, selubung jer kalau takut... hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!