BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM wbt

TIDAK.. tidak. Bukan, saya bukan nak cakap pasal kempen budi bahasa budaya kita tu tapi saya nak cakap tentang sikap segelintir dari manusia yang tiada budi bahasa, yang tak tahu nak hormat orang lain walaupun orang tu tidak dikenali, tetap tidak wajar untuk tidak menghormati individu lain. Eh, apa yang saya marahkan ni sebenarnya ya? Sebenarnya tak marah cuma nak meluahkan perasaan tentang apa yang saya alami ketika mengambil Yaya di taska petang semalam.

Hujan lebat tiba-tiba melanda bandaraya Johor Bahru. Guruh dan ribut bersahut-sahut (apa bezanya guruh dengan ribut yek???). ER seperti biasa setia mengambil saya dan kami sampai di taska Yaya kira-kira setengah jam selepas itu. Memandangkan hujan masih belum reda walaupun tidak selebat tadi, ER mengambil keputusan untuk masuk secara mengundur supaya memudahkan staff taska tersebut meletakkan beg-beg Yaya yang lima buah itu (betul ek penjodoh bilangan tu?) ke dalam bonet. Saya biasanya akan turun dan memasukkan sendiri beg bagi membantu staff taska. Sebaik sahaja kami selesai memasukkan semua beg (kalau yang anak dua tiga kat taska mahu penuh kereta dengan beg) ke dalam bonet dan Yaya masuk ke perut kereta, sebuah kereta kancil meluncur masuk dan terus memakir di hadapan kereta kami. Saya ternganga sekejap sebab biasanya di taska ini kami ibu-ibu bapa dah biasa bergilir, kalau satu kereta di dalam, kereta lain akan tunggu di luar kecuali kalau datang tersaing, barulah sama-sama masuk sambil sama-sama memunggah barang dan nanti akhirnya sama-sama keluar.

Seorang wanita lingkungan awal 40-an keluar dari perut kereta. Tanpa menghiraukan saya yang baru menutup pintu kereta (senyum pun tidak, pandang pun tidak) dia terus berlari kecil ke dalam taska. Saya fahamlah hujan(dah tak lebat pun) tetapi susah sangatkah hendak memandang wajah saya yang tak berapa nak comel ni dan melemparkan senyuman apatah lagi meminta izin tunggu sekejap untuk dia mengambil anaknya yang ditinggalkan di taska yang sama dengan anak saya. Rasanya, sejak Yaya dipindahkan ke taska ini pada awal tahun ini, inilah kali pertama saya terserempak dengan manusia yang bodoh sombong ini.

Kami menunggu... seminit... dua minit... tiga minit.... lima minit... huh! Saya memandang dari cermin sisi. Dia sedang membalut baju hujan ke badan si anak sambil berbincang dengan staff taska. Hati mula panas, tapi saya tengok ER cool, saya cuba juga untuk cool bila lihat dia sudah mula nak bergerak ke kereta dengan harapan dia akan mengangkat tangan tanda mengucapkan terima kasih kerana menunggu tapi yang nyata sememangnya dia manusia yang hampeh. Selamba sahaja mengundurkan kereta tanpa rasa bersalah. Ceh! Kalau saya bawa buldozer memang saya langgar jer keretanya tadi... huwa3. Tapi saya bukan buldozer, saya cumalah encik Matrix yang sopan dan hensem... hehehe.
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ume pun geram. kalo time hujan2, nak amik anak kat taska tu... kiter ni dok le menunggu kat luar pagar. tunggu giliran nak masuk ke dlm pagar taska utk amik anak2. tapi ada ibu yg x prihatin, dia dok parking kat dlm kawasan taska, tapi, boleh dia selamba je borak2 dgn penjaga taska...tak pedulikan kat kiter yg nunggu kat luar ni. adoii..

    ReplyDelete
  2. As salam sari...k.atie guna telor ayam klu terus pecahkn lam kuah,ia akan hancur kecuali la klu guna telur itik...cantik bolat2 lam kuah.sbb lam esbox xder telur itik la..hihi

    ReplyDelete
  3. hmmm,org mcm tu ingat dia macam begus sgt..tu yg buat dek je..takde sivik kan..tp kita bersangka baik jelah...

    ReplyDelete
  4. kak, mungkin dia tak g sek taska kot so maap kan jelah kesian dia hehehe

    ReplyDelete
  5. Umeboshi, itulah manusia yang tak tahu menghormati kepentingan org lain, asyik fikirkan kepentingan dirinya sendiri.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Kak Azatiesayang, kita telur itik tahunya yang telur masin tu ajelah.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Ila, yelah, kena bersangka baik & beringat-ingat jgn smpi kita lak terjadi perangai mcm tu scara tidak sengajakan..

    ReplyDelete
  8. Aida-maisara, a'ah, pandailahhhh aida ni... hihihi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!