BAHN CHIAO @ CAMBODIA CREPE

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...

ATAS permintaan Iman,  pagi ini kami berkunjung lagi ke Kampung Kemboja demi semangkuk Kuey Teow Sup Daging.  Kali ini Sk juga Sk tapau Bahn Chiao dari kedai sebelah,  lama tak makan crepe berinti daging dari Cambodia ni,  rinduuuu.


Demi nak makan kuey teow sup daging dulu maka Bahn Chiao ni kami makan di rumah.  Kiranya mengharungi perjalanan pulang sejam tu dah mampu buat perut lapar balik,  hahaha.

Sk pernah kongsikan resepi Bahn Chiao dalam blog ni tapi resepi google la.  Belum ada kekuatan nak buat sendiri,  hahaha. 

Tengok tu,  bertimbun salad yang dibekalkan berserta hirisan timun,  daun pudina dan daun selaseh untuk dinikmati bersama crepe kemboja ni. Iman dan ER memang makan crepe dan intinya aje,  Sk suka bungkus macam kat bawah ni. 
 

Inilah cara Sk menikmati Bahn Chiao. Bentang salad,  letakkan crepe berinti,  timun dan daun selaseh.  Tak suka letak daun pudina sebab nanti rasa macam makan ubat gigi,  hahaha. 
Lepas tu cicahkan dalam sos yang unik rasanya tu.  Sedap oiii..  Mak mertua lalu pun tak sedo,  hahaha. 
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. perghh macam orang korea makan daging bakar, balut dengan daun salad..jauh nya saya pergi

    ReplyDelete
  2. boleh tau kedai nya di mana? Nampak selera betul makanan ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!