Assalamualaikum...
ENTRY Sk kali ini adalah perkongsian dari rakan facebook dan rakan blogger Dr Khairul Faizie Mohamad Kamar yang berkongsi tentang Slipped Disc. Sk terpanggil untuk menyimpan catatan beliau di sini sebagai panduan memandangkan akhir-akhir ini sering terdengar tentang hal tersebut. Alhamdulillah, Dr Khairul Faizie tidak keberatan membenarkan Sk berkongsi, semoga bermanafaat untuk semua.
Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya " pernah dengar pasal Slipped Disc?"
Dia jawab " Masalah tidur ( sleep) ke doktor?"
😜
Slipped disc ni makin banyak kita jumpa.
Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang ( lower back).
Untuk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yg dipanggil vertebra. Setiap tulang ini di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan untuk saraf tunjang lalu di situ ( spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.
Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yang lain, ada struktur yang dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan atau melompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.
Tengok gambar anatomy disc yg disertakan. Ada dua bahagian, lapisan luar yang dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak dan fleksibel, lapisan dalamnya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.
Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.
Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama dan membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan atau dihimpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.
PUNCA:
Punca biasa slipped disc ialah wear and tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan dan mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yang kurang air (kering) ini pun mula kecut, jadi jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat... Dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.
Walaubagaimana pun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Kenapa? Antara punca nya:
- Trauma / jatuh / kemalangan
- Obesiti -- berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
- Kerja / aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang / membongkok
- Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle)
- Senaman regular membantu kurangkan berat badan dan kuatkan muscle belakang badan (yang menyokong tulang belakang)
- Selalu memandu, terutama long distance. Duduk lama masa memandu dan kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.
RAWATAN:
Tak semua Slipped disc perlu pembedahan,
Majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.
Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan keradangan ( inflammation).
Physiotherapy secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.
Hanya dalam kes-kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail. Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lebih lanjut.
Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan untuk legakan kesakitan ( sementara), sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yg terkeluar masuk ke tempat asal.
Sumber
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1936303426436565&id=100001707791883
Betul sangat, jangan amik mudah dan ringan sakit-sakit ni, sekali dah parah, bila check, lain plak jadinya...
ReplyDeleteMoga kita terus sihat hendaknyaa..
perkongsian yang bagus kak, pasal slip disc ni tak boleh ambil ringan,kena tau jugak.kalau dah teruk nak baik memang payah sangat
ReplyDeletemacam bos saya la last year ada buat operation kecil.
ReplyDeleteJanji Kita