Assalamualaikum...
LAMA sudah berjanji dengan Iman nak bawa dia makan-makan di Restoran 4Fingers yang baru membuka cawangannya di JB. Restoran ayam goreng yang dikatakan The Best Asian Crsipy Chicken ini tak silap baru dua minggu dibuka di sini. Kepedasan, kerangupan dan keunikan resepi yang digunakan telah berjaya membawa Sk sekeluarga ke sini tambah lagi dengan cerita dari teman blogger yang dah berjaya menerjah terlebih dahulu.
Sebaik sampai, fuhhhh.. Hilang semangat sekejap. Punyalah ramai umat yang duduk, yang menunggu dan yang memandang, berdiri di kaki lima restoran. Tapi yang beratur tak ramai, mungkin ramai yang masih berkira-kira untuk makan atau tidak. Pak Inche mencadangkan untuk kami tapau sahaja memandangkan tiada meja yang kosong. Mujur ada pelanggan yang bangun jadi cepat-cepat suruh dia pergi chop.
Uik..malam esok nak pergiiii
ReplyDeletesedap kan..rasa nak pi repeat ke sana lagi je
ReplyDeleteratah fries gan ayam pun dah ok.. sedap
ReplyDeleteBoleh try singgahlah kalau turun JB nanti.
ReplyDelete