EAT ALL YOU CAN @ QING PALACE

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

MAKAN apa saja asalkan tidak membazir!  Begitulah konsep 'Eat All You Can' yang akan berlangsung di Qing Palace, Pulai Springs Resort sepanjang Oktober ini. Dengan hanya RM65 (dewasa)  dan RM32.50 (kanak-kanak) anda boleh membuat pilihan lebih dari 80 hidangan ekslusif dan pencuci mulut yang disenaraikan dalam menu. Syaratnya,  semua makanan perlulah dihabiskan tau, tak ada tapau-tapau..  Hahahaha.

Tak reti nak pilih?
Keliru nak makan yang mana satu?
Meh..  Sk bagi cadangan untuk anda sepuluh hidangan ekslusif yang menarik dan pastinya sedap dan lazat.  Jom!


Szechuan Hot & Sour Soup
Pertama kali Sk cuba sebab biasanya Pak Inche minta Shark's Fin Soup dan Sk sangat sukakan rasa sup ini yang dimasak gaya Szechuan dengan isinya yang mewah.  Makan pula dengan cili jeruk,  memang umph la..  


Indonesian Style Curry Fish. 
Ikan Siakap yang dimasak gaya kari Indonesia.  Siakap digoreng terlebih dahulu sebelum dicurahkan kuah kari dengan banyak sekali potongan bendi dan kacang panjang. 
Memang betul-betul best! 


General T'Zo Chicken
Bagi penggemar ayam,  anda pasti akan sukakan rasa sos yang menyaluti gorengan ayam yang bersalut tepung ni.  
Terus lupa enaknya ayam butter ke..  telur masin ke... Sk rekomen yang ini. 


Camphor and Tea Smoked Duck
Susah sangat nak jumpa itik salai yang empuk dan sedap dinikmati tapi di Qing Palace tidak mustahil.  Ia dihidangkan bersama roti mantao yang gebu,  potong tengah roti dan selitkan kepingan daging itik..  Mantappp! 


Wasabi Prawn. 
Wallaaaa...  Udang tu dahlah gemuk-gemuk. 
Ni kalau makan dengan mak mertua,  terkejut terus sebab sekejap dah licin,  hehe. 


Broccoli With Black Mushroom
Broccoli segar dengan cendawan hitam dimasak bersama sos tiram yang lazat sampai menjilat bibir tau. 


Fried Rice with Salted Fish. 
Tidak lengkap rasanya hidangan cina tanpa nasi gorengnya.  Nasi putih juga turut disediakan jika anda kurang gemar nasi goreng.  Nak kurus,  kan?? Hahaha


Honey Dew with Sago
Potongan buah tembikai susu bersama santan dan biji sagu sebagai pencuci mulut. 
Yang ni pun sekejapan licin kalau tak cukup boleh minta lagi. Berbaloi-baloi kan? 


Mua Ji atau Peanut Ball. 
Adunan tepung pulut yang diadun lembut berintikan kacang yang masin dan manis. 
Nak lagi? 


Nahhh... Mango Puding yang dicurahkan kastard.. Sejuk dan nikmat jer lalu di anak tekak.. Hahha. 


'Eat All You Can' Promotion

Adult: RM65.00 per person
Child: RM32.50 per person (3 - 11 years)
(Price inclusive of 6% service tax)

Terms and conditions:
Promotion available for Lunch (12 pm - 2.30 pm) and Dinner (6.30 pm - 10.30 pm)
Minimum 4 persons required
Not applicable with other discounts and promotions
Other terms and conditions apply

Qing Palace Chinese Restaurant
Pulai Springs Resort
20km, Jalan Pontian Lama, 81110 Pulai, Johor, Malaysia.

Website:

Facebook:

Instagram:

Tel:
+607 521 2121

Fax:
+607 521 1818

Email:
enquiry@pulaisprings.com

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap-sedap semuanya ye..
    Siakap kari indon tu kalau di todak masaknya pun sedap, selain udang kari indon..
    Tapi sebab anak-anak tak berapa suka siakap, jaranglah order hehehe

    ReplyDelete
  2. Menggoda betul ikan masak kari indonesia style tu kak seri

    ReplyDelete
  3. tak sempat nak rasa mua ji tu..perut da kenyang nak order lain..huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum seri...wah !! sedapnya tengok menu dia...gempak n meriahlah berdepan dgn menu yg mengancam ni...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!