KERETAKU

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum…


TETIBA terrrrindu dengan kereta pertama.. huwaaa

Haaa.. inilah kereta pertama Sk yang Sk beli ketika usia awal 20-an
Masa beli kereta ni Sk berkongsi dengan kakak dan kereta ni atas nama Sk.
Sk pun tak berapa ingatlah macam mana kami bayar waktu itu cuma yang Sk ingat lama-lama Sk yang bertanggungjawab bayar duit bulanan kereta dan sakit pening kereta ni tambahan lagi masa tu kakak Sk bekerja di KL, sempatlah jugak dia bawa si KX ni duduk KL sekejap lepas tu kereta ni terus mengikut Sk sampailah Sk berkahwin, gituuuu.

Bila Sk bawa kereta ni, bos panggil Sk, KX.
Contohnya, kalau masa balik dan bos nak tanya member, balik dengan apa, nanti member tu jawablah balik dengan Sk lalu, bos akan cakap..
ooo.. balik dengan KX eh? Sambil senyum tengok Sk.
Femes jugaklah Sk dengan si KX ni, hahahaha.

Banyak jugaklah kenangan pahit manis dengan KX.
Sementelah lagi Sk beli second hand jadi sakit demamnya memang tak menentu.
Alah, tak mahulah cerita yang pahit-pahit, kita cerita yang manis ajelah ya.
Tapi, dalam pada sakit pening tu KX ni sampai jugak ke utara tau malah sampai ke Padang Besar.
Hebat, kan?

Tapi, dah namanya kereta, sampai satu tahap pasti tidak dapat bertahan.
Itu kena tengoklah sama ada keretanya yang tak bertahan atau tuannya yang tak tahan nak berkereta baru, muahaha. Jadi, selepas beberapa lama, Sk telah trade-in si KX dengan Proton Wira Aeroback.
Masih setia dengan proton nampaknya tapi Si Wira ni Sk ambil kereta baru. 
Seingat Sk, tak lama selepas menggunakan Cik Wira, Sk bertukar kepada Hyundai Matrix. 

Dengan En Matrix ni lah yang paling lama bertahan.
Dengan En Matrix ni kami bertiga beranak, pernah pusing satu Semenanjung. Dari JB ke Pantai Timur, dari Pantai Timur ke utara, dari utara balik ke selatan. Miliegue Matrix ni pon dah lebih 500,000 km tau. 

Tapi En Matrix ni bermadu dengan Mr Rush pulak.. hahaha. Tapi, lega jugaklah buat En Matrix ni sebab dapat berehat. Macam nak mampuih Encik Rizar bayar dua biji kereta. Hampir dua tahun jugaklah bengkok bahu membayo,  Tulah, sape suruh bermadu? Muahahaha.


Sekarang, Mr Rush dah bermadu pulak dengan Mr Bezza.
Mr Matrix dah beralih tuan, kita terima dengan redho.


Rasanya, sepanjang-panjang hayat Sk membeli kereta sebanyak 5 kali, inilah kali pertama Sk menguruskan sendiri penyelenggaraan kereta untuk 1000 km yang pertama.
Masa KX dulu kan second hand, yang lain-lain tu semua ER yang hantar servis. Yang ini terpaksa hantar servis sendiri sebab masa tu ER out station. Punyalah risau tak tahu nak cakap apa, ialah selama ni semua serah pada ER jer.



Nak mandikan kereta pun kalau ER tak bawa, memang tak mandilah jawabnya, hahaha.
Ni nak bagi mandi tapi asyik mandi hujan jer tak sempat bersabun.


Paling penting, kalau naik kereta jangan lupa amalkan langkah keselamatan.
Gunakan tali pinggang dan kalau nak pakai kaca mata hitam, pakailah yang sempurna.

Bersambung...










Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sama kita, seawal kawin hingga mengandungkan sulung, masih pakai motor, ke hulu hilir naik motor. Selepas bersalin, sulung dh umur 5bulan baru ada rezeki amik kereta Iswara, pertama kali keluar Suami beli hehehe..
    Pakai sampai 2tahun, dan selepas tu, bergasak le Suami asyik tukar dan tukar hinggalah skrg, maintain pakai kete dia tu sampai dah habis utang..legaaaaaa

    Tinggal bayo Jazz dan uma aje...phewww

    ReplyDelete
  2. dah pernah berjasa kan kak...mesti rindu

    ReplyDelete
  3. Jarang ada orang simpan kereta pertama.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!