Assalamualaikum...
KETAM tiga ekor sebesar tapak tangan ini dibeli dari Pasar Tani Jalan Datin Halimah. Memang beli tiga ekor jer sebab Iman nak sangat makan ketam. Kalau bapaknya yang nak sangat maunya beli tiga empat ekor, hahaha.
Biasanya Iman minta Ketam Masak Lemak Cili Padi tapi kali ni dia suruh masak sambal pulak. Sk okey aje, lagipun Sk sejenis tak kuat makan ketam. Dapat sebelah pun boleh, itupun terpaksa makan sebab dah ada depan mata. (sejenis malas nak makan ketam sebenarnya, huhu)
Kali ni, Sk masak ala-ala restoran Ong Shun.
Tak berapa menjadi tapi sedap kata Iman daripada ketam sambal yang biasa Sk masak.
Sk tak gunakan asam jawa tetapi letakkan dua sudu besar cuka dan gula. Sampai bertambah tiga kali Iman makan sebab sayangkan sambal tu katanya, hihihi.
Chilli Crab
Ketam dibersihkan dan belah dua, kukus sekejap separuh masak
Minyak untuk menumis
1 senduk cili kisar
2 biji bawang besar kisar halus
1/2" halia kisar halus
2 - 3 sudu cuka makan
3 - 4 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
1 biji bawang besar dipotong baji
Daun ketumbar untuk tabur
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan cuka dan gula, kacau sehingga sebati. Gunakan api perlahan.
Masukkan ketam yang telah dikukus.
Masukkan bawang yang dipotong baji.
Masak sehingga sambal meresap pada ketam.
Bila dah masak, tutup api.
Taburkan daun ketumbar semasa menghidang.
Sedap tu..Kita biasa makan order kt kedai je hehehe
ReplyDelete