MAKAN DI CHICKEN LAB MALAYSIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum... 

ORANG Malaysia memang dah kemaruk dengan apa sahaja yang berkaitan dengan negara Korea kan? 
Tak kiralah..  Drama ke..  Lagu ke..  Tarian ke.. Malah makanan Korea sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. 




Bagi meraikan rakyat Malaysia yang cintakan makanan citarasa Korea,  Chicken Lab Malaysia telah memeriahkan lagi syurga makanan Korea dengan pembukaan restoran pertamanya di Austin Height,  Johor Bahru. Restoran Citarasa Korea ini menyediakan hidangan ekslusif Korea yang lain dari yang lain berbanding kebanyakan restoran berkonsep masakan Korea yang terdapat di Malaysia. 


Masuk sahaja ke dalam ruangan restoran,  Sk sudah tertarik dengan dekorasi berkonsepkan moden dengan sedikit sentuhan rustik. Penggunaan meja dengan corak papan lapis berkaki besi dan feature wall batu bata di satu sudut restoran menjadi titik tumpu ditambah sentuhan hijau menzahirkan suasana segar yang pasti dapat membangkitkan selera setiap pengunjung yang datang. 


Hyperita.. 
pengunjung boleh memilih empat perisa iaitu grapefruit,  blue lagoon,  orange dan mango.
Pilihan Sk,  mango dan grapefruit. 

Juga pilihan mocktail dengan flavor Oren,  Epal,  Laici dan Mango. 


Truffle fries..  Kentang gred terbaik dengan renjisan Truffle Oil dan Daun Parsley Cincang ini pastinya pembuka selera terbaik jika anda ke sini. 


Spicy Yangnyum. Ayam Goreng bersalut tepung dengan sos pedas dan manis ini pasti tidak mengecewakan lidah anda. 


Ganjang Chicken Wings
Rangup di luar dan juicy di dalam..  Wallaaa! 


Bila hidangan utama sampai,  masing-masing mencari posisi yang terbaik sementara menunggu hidangan masak di depan mata. 


Crispy Squid Tteokbokki
Sotong Goreng Tepung rangup bersama limpahan keju yang mewah dihidangkan bersama adunan tepung beras pulut dengan rempah Korea,  Jagung berkrim dan nasi goreng ala Korea.  


Hidangan ini dimasak secara live di meja anda untuk dinikmati panas-panas..
 Nyummmmeh giler! 


Pencuci mulut terkenal Korea
Watermelon Bingsu.
Korean Milk Ice Sorbet yang pastinya terbaik disediakan untuk anda. 

Di mana lagi kalau bukan di Chicken Lab Malaysia.
Premium Taste from KOREA .
NO Pork NO Lard .


Chicken Lab Malaysia sentiasa memastikan pelanggan Muslim menikmati makanan yang halal dan mendapatkan bekalan ayam dari Aqina Farm yang mempunyai status halal.


Alamat: No 2 Jalan Austin Heights 8/7, Taman Mount Austin
Johor Bahru

Di buka dari jam 12pm hingga 12am .
Telefon : 07-3648851 .

Facebook : https://m.facebook.com/chickenlab.my/ .
Instagram: @chickenlab.my .
Website : www.chickenlab.my/

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nampak sedap la makanan kat chicken lab ni...jom pegi lagi...

    ReplyDelete
  2. Memang semua sedap-sedap..
    Nanti nak bawak Adik gan anak sulung ke sini..peminat makanan Korea mereka berdua tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!