JOM JADI PEMILIK KENDERAAN YANG BIJAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum..

Hi...

HARI itu Sk ada cerita pasal kereta pertama Sk, kan.

SEJAK dah beli kereta masa tu barulah tahu bahawa sebagai pemilik kenderaan, kita diwajibkan memiliki insurans kenderaan yang harus diperbaharui setiap tahun. Dulu-dulu cuma biasa dengar Arwah Abah cakap pasal rodtex, rodtex.. Budak kecik masa tu manalah faham kan, hahaha.. dah besar baru lah tahu rodtex tu adalah cukai jalan (Road Tax). Dan sebelum nak memperbaharui cukai jalan ni wajiblah kita perbaharui insurans. Jangan nak tipu-tipu terus bawa geran kata nak renew (perbaharui) padahal insurans/takaful motor belum renew sebab sekarang ni sistem boleh kesan sama ada kita dah perbaharui insurans/takaful atau belum.


Image result for geran kereta
Contoh Geran Kenderaan  (Google Image)

Sebagai pemilik kereta, Sk sentiasa memastikan agar insurans/ takaful yang melindungi kenderaan sesuai dengan keperluan. Kalau nak tahu, semasa kereta pertama tu Sk memang serahkan seratus peratus urusan memperbaharui insuran/ takaful dan cukai jalan kepada ejen. Masa tu terima ajelah apa yang ejen tawarkan, sebab fikir semua tu memang wajib. Memang senak nyawalah nak membayar setiap kali, kalau tak bayar karang kereta tak boleh berjalan atas jalan raya pulak, hahaha.

Jadi, masa kereta kedua tukan, Pak Inche kata, apa kata kalau kita urus sendiri insuran/ takaful.  Masa tu macam kata, eh, boleh ke? Tahulah, kalau lagi sebulan insuran/ takaful nak luput tarikh, masa tulah akan datang surat-surat tawaran dari ejen. Jadi, kami abaikan dan uruskan sendiri. Memang kenalah berkorban masa dan tenaga, selama ni serah pada ejen saja, kan.

Related image
Google Image

Liberalisasi insurans/takaful motor dilaksanakan secara berperingkat oleh Bank Negara Malaysia pada 1 Julai 2016 bagi menentukan harga premium / sumbangan takaful motor yang lebih adil dengan perkhidmatan lebih berkualiti.

Dan tahukah anda, mulai 1 Julai 2017, harga premium insuran/ takaful motor ditentukan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful berdasarkan penilaian berhemah dan mengambil kira lebih banyak profil risiko pemandu dan kenderaan menyebabkan harga mungkin berbeza dari dua kenderaan yang serupa dari segi model dan tahun pengeluarannya.



Jadi, moralnya di sini, sebagai pemilik kenderaan, jadilah pengguna yang pintar. Bila uruskan sendiri insuran/ takaful ni, maka Sk dapatlah menyesuaikan sendiri pakej dan pelan yang SK mahukan malah Sk boleh memilih sendiri agensi insuran/ takaful yang Sk mahu. Macam kalau kita pergi shopping la.. kita boleh pilih barang apa yang kita nak, perlu atau tidak, mahal atau murah, berbaloi atau sebaliknya, gituuu.


Sebenarnya, SK selalu dengar ramai yang mengeluh tentang tingginya harga insuran/ takaful yang perlu mereka bayar. Ramai juga yang tidak tahu bahawa kadar insuran/ takaful boleh dikurangkan jika kita mengurangkan risiko kemalangan dengan pemanduan berhemah dan menyelenggara kenderaan mengikut jadual.

Liberalisasi juga telah mewujudkan lebih banyak produk dan perkhidmatan insurans/ takaful motor bagi memenuhi kehendak pengguna yang berbeza.

Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan melayari 'Motor Product Selector di :

Anda juga boleh menghubungi syarikat insurans/ pengendali takaful atau ejen anda.

Untuk maklumat lanjut layari 



Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kena jadi pemilik kenderaan yang bijak supaya nanti kita tau insurans mana yang perlu kita pilih...

    ReplyDelete
  2. betul tu kak seri.. slalu bagi kat agent ali je yg uruskan.. rupanya kita boleh juga buat sendiri utk kurangkan kos..

    ReplyDelete
  3. Termasuk pemilik kenderaan bertroli macam Iman tu hahahaha...
    Pilihan bijak di tangan anda heheheeh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!