CERITA HARI CUTI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

HUWAAAA.. berakhir cuti sehari bagi rakyat Johor pada hari ini. Plan asalnya nak lepak-lepak kat rumah sambil menyiapkan pesanan cheese tart kawan-kawan tapi penyudahnya seharian keluar berjimba-jimba,  kahhhh.  Yang berjimbanya Sk dan Pak Inche berdua jer sementara Iman pula terlibat dengan Seminar Subjek Prinsip Akaun yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. 


Perjimbaan yang tak dirancang apabila Sk tetiba sahaja nak ikut ER sama-sama menghantar Iman ke UTM,  rupa-rupanya ER merancang nak berjumpa kawannya di Kulai.  Terlanjur dah sampai Kulai tu,  Sk ajak ER hunting pinggan baru di Claytan.  Kami singgah sarapan Nasi Lemak Ayam dan Bihun Soto sebelum sampai ke Ayer Hitam dan meneruskan perjalanan ke Claytan.  Sampai sana masih awal,  Claytan pun belum buka lagi,  kahhhhh.


Lalu,  kami ke Pekan Ayer Hitam dulu.  Orang pun belum ramai lagi adalah dalam dua tiga kerat termasuk kami, hihihi.
Sk macam biasa,  sekadar menengok jer.  Disebabkan orang tak berapa nak ada,  jadi ambil peluang untuk foto-foto.  Padahal selalu aje datang sini tapi sebab orang selalunya ramai jadi malas nak ambil gambar. 


Pelbagai hasil tani boleh didapati di sini dengan rupa yang subur-subur belaka.  Terpegun menengoknya membeli takut tak terbayar termakan. 


Pelbagai barangan tembikar dan patung kapas boleh didapati di sini.  Sk masih ingat lagi masa kecik dulu arwah abah siap bawa bas rombongan Cik Kiah ke Ayer Hitam ni. 


Anda juga boleh mendapatkan T-Shirt dengan cetakan yang menarik di sini juga syurga bagi peminat bunga.


Dah habis satu pusingan,  kami pun berpatah balik ke Claytan. Khabarnya pinggan viral ada stock,  kah kah kah. Rupanya pinggan kuih daaaa. Beli jugaklah lapan biji melepas gian datang jauh-jauh.  Lepas tu nampak pinggan makan cantik,  beli lagi empat biji.. Kui kui.  


Alahhhh..  Baru doblas biji jerpun..
Bak kata pepatah Claytan,  'Biar menyesal beli dari menyesal tak beli'
Muahahahaha!!!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahahaha sampai air hitam tak membeli? Rasa macam tak waras je hahaha
    Tapi bila nengok, macam sama je pinggannya masa kita pergi..
    Tapi kita berkenan laaa yang pink tu, dulu nak beli tak kesampaian, nanti nak pergi lagi laaa..

    ReplyDelete
  2. kalau ada cuti hari rabu nanti, singgahlah Air Hitam
    Ada pasar borong pakaian (pagi). Murah2 terutama kalau beli banyak.
    Orang2 meniaga pun beli kat sini.

    ReplyDelete
  3. Kalau pegi air hitam x sah kalau tak terbeli something kan kak.. lama dah x pi sana..

    ReplyDelete
  4. Husband kita baru balik air itam. Beli lah jugak, kerepek haha...

    ReplyDelete
  5. bahahahahhahaa..claytan pun siap ade pepatah biar menyesal beli dari menyesal tak beli..hahhhaahaha..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!