MAKAN DI THE MARCO POLO KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum…

KISAH malam kelmarin, memang lama dah teringin nak makan di The Marco Polo Kitchen ni. Jadi, sempena anniversary The Marco Polo Kitchen dan potongan harga sebanyak 50% untuk semua hidangan utamanya, Sk mengajak Encik Rizar ke sini.

Oh, rupanya ada syarat untuk potongan harga tu, kita kena like page restoran, dah like kita kena share pengalaman kita, apa yang menarik di sini, lepas tu kena kongsi pula di timeline kita, gituuuu.


Sweet & Spicy Chicken Pasta.
RM26.99 selepas 50% dapat RM13.49
Seperti biasa, Sk memilih pasta tapi rambang mata tak tahu nak pasta yang mana satu. Lepas tu Nampak menu ni macam menarik dan pelayan tu pun rekomen katanya sedap, gabungan rasa manis dan pedas. Sk bertanya adakah mereka menggunakan spaghetti, dan jawapannya ya.
Tapi sebaik diletak dimeja terus kecewa sebab ia menggunakan pasta Angel Hair.
Nampak tak yang bulat macam sotong kat atas tu, ingatkan ada sotong rupanya onion ring. Onion ring tu dah sejuk, mungkin dah dibuat banyak-banyak terus.


Suapan pertama terus mengingatkan Sk tentang Maggi Tomyam Pedas Giler, hahaha.
Angel Hair yang digunakan dimasak sempurna dan sedap serta panas-panas sebelum digaulkan dengan sosnya. Sk bagi 3.5 bintang.


Sirloin untuk Pak Inche.
RM44.99 lepas diskaun tinggal RM22.49
Kentang goreng sedap, rangup dan gebu.
Sos steaknya okey tapi saladnya macam asal boleh, ini kita bagi 3.5 bintang jugaklah.


Citrus Chicken Chop
RM35.99 lepas diskaun RM17.99
Ayam yang dipanggang dicurahkan sos citrus yang sedap. Iman kata macam chicken lemon, hehhe.
Hidangan sampingannya kentang dan lobak merah yang digrill serta kacang buncis.
Yang ini sedap, Sk bagi 4 bintang.


Untuk appetizer kami memilih nachos tapi ini yang sampai akhir sekali itupun setelah lebih separuh kami menikmati hidangan. Sampai sekarang SK masih fikir kenapa kami tak pulang saja nachos yang hangus ni, huwa huwa huwa.
Ia dihidang Bersama tomato salsa dan cheese yang telah sejuk sebenarnya, mungkin lambat dihantar ke meja kami.


Selalu Sk minum air kosong tapi ni teringin nak minum latte ingatkan cantik la coraknya rupanya la-ala je. Jom lah ke The Marco Polo Kitchen sementara masih ada diskaun ni, hehehehe.
Ada diskaun pon beratuih juga kena bayar, tulah.. sape suruh tamak lagikan, hahaha.





Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Waaa dah sampai yeee...
    Berbaloi kann makan dan dapat 50%..just like dan share aje hehehe...
    Minggu ni Suami balik ingat nak ke sana lagi ...

    ReplyDelete
  2. Hahahahah..jujur dan ikhlas review kak seri..tu yg kat belakang gegelas tu kenapa, muka tak puas hati, nak minum latte jugak keee? 😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!