MOLTEN CHOCOLATE CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum... 

SINGGAH Molten Chocolate Café ni semalam petang selepas menemai Pak Inche mencari keperluan untuk futsal dan bola. Kebelakangan ni rajin pulak dia berfutsal, kita yang mengah tengok perut dia, kahhhhh.


Orang kita memang suka coklat kan.
Peliknya semua yang masuk kurus-kurus, kami tiga beranak jer yang tak berapa nak kurus..
Muahaha.


Layan handphone dulu sementara menunggu.
macam nilah Budak-Budak zaman sekarang.



Acara wajib bila dapat makanan.. foto-foto dulu.
Kan Sk dah cakap, semua yang dating kurus-kurus, pelik, kan.



Strawberry Smoothies untuk ER.
Sedap giler


Molten Hot Chocolate untuk Sk. 
Padahal azamnya nak minum air mineral aje.. aduyaiii.
Kalau diberi pilihan Sk lebih sukakan Hot Choc di DipnDip dan Starbucks.
Yang ni macam banyak buih aje, dahlah cawan tak berapa nak besar.


Pilihan Iman, Mallow Hot Chocolate
Ni sedap dan unik sebab ada marshmallow yang cair di mulut.



Brownies Crepe.. yang ni tiada siapa mampu menafikan kelazatannya.
Brownies yang dibungkus dalam crepe dicurahkan coklat.
Ni janganlah anda tamak makan seorang, nanti anda lebaq sorang tataw na.. hahaha


Walaupun resepi dah bersepah dalam fb tapi belum ada daya kekuatan nak membuatnya sendiri, huwa huwa huwaaaa.

Rugi teruk makan sini, baik pergi makan seafood, hahahaha





Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lawak la ayat kak seri.. rugi teruk makan kat situ ye.. haha tapi tengok menunya memang menggoda sungguh...

    ReplyDelete
  2. Kakakakah ayat last tu ..tau takpe..
    Kita haritu memang belek harga dulu, so makan yang viral aje hahahaha..
    Tapi sedap gilerr lerrrr...

    ReplyDelete
  3. hahahahhahaha...yang masuk semua kurus2....siap ade rugi teruk masuk sini.hahahhahaa...

    ReplyDelete
  4. Kak seriiiii! ayat last tu spoil lahhh..hahhahaha

    ReplyDelete
  5. Wah sangat mempersona tempat lepak makan2 tu style yang hebat

    ReplyDelete
  6. abislah diet kalau makan ni. agaknya kalau bawak anak ntah macamana kecahnya.
    Janji Kita

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!