DIP N DIP DENGAN KAWAN PEJABAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

CERITA semalam,  Sk dan ramai teman sekerja dari bahagian pentadbiran diarahkan menjalani kursus di Skudai. Dua tiga hari sebelum kursus tu berangan,  balik kursus nak pergi makan Dip N Dip di Paradigm Mall,  kan balik tu lalu..  Hahahaha..  Ialah,  hari lain mana ada masa nak pergi ke arah Skudai, hujung minggu balik kampung dan sibuk dengan keluarga.  Jadi,  nak ber 'me time'lah kununnya mereka-mereka tu.  Macam Sk ni,  memang setiap minggu ke Paradigm,  hahaha.  Jadi,  Sk jadi ketua rombonganlah kali ni,  hahaha.


Dari berenam jadi berlima,  dari berlima jadi berempat.  Jadi inilah geng Dip N Dip Sk semalam.  Meh Sk perkenalkan, dari kiri tu Miza,  Fida dan Naza. 
Lepas tu dah duduk-duduk sementara nak buat pesanan tu baru teringat,  Miza tak boleh makan manis sebab dia ada masalah pankreas. Yang sebenarnya habis kursus tu terawal,  jadi Miza kena tunggu suami dia tu yang dia join kami sekali. 
Lahai..  Kesian Miza,  tapi dia kata dia dah tak heran sebab dah lebih 10 tahun tak makan benda manis. 


Triple Choc Crepe kot namanya ni
Harga RM21 tak silap. 
Kepingan crepe atau lempeng (kahkahkah)  yang dicurahkan dengan tiga jenis coklat. 
Yang ini memang manis gilalah sebab crepe tukan nipis jer,  kau curah pulak coklat banjir macam tu,  kan..  Huwa huwa.  Semput nak mengabiskan yang ni,  Fida paling pengelat nak makan padahal dia yang nak sangat,  huwa huwa huwa. 


Triple Waffle kot namanya,  yang ni RM19.
Waffle gebus gebas panas-panas tu dengan tiga coklat dicurah begitu. 
Yang ni Sk memang rekomen sangat.  Ketebalan dan kemasinan rasa waffle tu menyerap rasa coklat yang manis. Laju giler kami makan waffle ni. 


Miza kata,  tak apa..  Dia boleh minum mocha jer. Nasib baik ada kau mocha..  Mocha Kau Bahagia,  Miza sayang. 


Masing-masing angkut sebotol mineral water dari tempat kursus, hahaha.  Bestnya dekat sini kita boleh jer nak bawa mineral water sendiri. Okey,  jumlah hangus semalam RM62.25. Okeylah tu,  kongsi makan,  kongsi bayar.  Tapi Miza kita tak bagi dia bayar,  soh tambah RM2 jer,  kesian dia. 

Ni Iman pulak menuntut nak ke sini.  
Yang tu bengkoklah maknya kena bayar sorang,  huwa huwa huwa. 


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bestnyaa...yang kat JB kita belum try lagi, nanti nak trylah..
    Dapnyaaa crepe tu..tapi kita suka amik yang ada buah tu, yang wafer..

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan ni..ada macam ahmad lim black pancake tak? haahahha

    ReplyDelete
  3. hahahahhaaahhhaa...jumlah hangus rm 62.25..hahhahahaa.... cantik pulak jumlah hangus nya..hhahahahaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!