Assalamualaikum…
SEJAK Sabtu lepas telah berlangsung Sultan Of Johor Cup iaitu Hoki Piala Sultan Johor membabitkan pasukan hoki lelaki remaja bawah 21 tahun anjuran Persatuan Hoki Johor selama seminggu.
Ini bermakna, sepanjang minggu ini Encik Rizar akan sentiasa sibuk dengan tugasan membuat liputan hoki. Biasanya pertandingan akan bermula di sebelah petang sehingga ke malam tapi taklah terlalu lewat macam bola sepak. Biasanya dalam jam 11 macam tu ER dahpun sampai ke rumah.
Dan ada hari rest jugak.
Dan malam tadi merupakan hari rest Piala Sultan Johor.
Maknanya.. Sk kenalah masak.
Sebenarnya boleh pilih kalau nak makan luar tapi Sk pilih untuk memasak sebab rasa kesian pulak dah beberapa kali ponteng masak.. macam rasa bersalah gitu, kahhhh.
Jarang-jarang jugak Sk rajin menyediakan dua tiga lauk macam di atas. Biasanya kalau masak kari tu pelengkapnya cuma sambal belacan dengan ikan goreng. Kalau nasib baik adalah sayur.
Tapi semalam terajin pulak siap masak Sotong Goreng Kunyit.
Sambal Belacan memang wajib ya bila masak kari ikan.
Kari Ikan Cincai tapi sedap.. silalah puji diri sendiri.
Biasa SK jarang letak santan dalam kari kecuali kari ikan.
Kari ikan kalua tak bersantan rasa macam cair gitu jadi kita tuanglah setengah kotak santan segera bila kuah dah mendidih. Campak jugak cili padi segenggam untuk gigit-gigit masa makan.. uishhh!
Oh, ya.. SK guna rempah kari jenama O. Sekarang di fb viral pasal rempah kari homemade kan, ya ampunnn.. salute dengan kakak-kakak yang rajin amat tu.
Sk memang simple orangnya dan tak suka nak menambah kerja. Apa yang mudah jangan kita persulitkan, itu prinsip hidup Sk.
Blur pulak gambar Sotong Goreng Kunyit ni, hehe.
Kepala semua Sk terpaksa makan sebab Iman tak makan kepala, ER makan sikit jer kepala.
Pun senang ni, main campak-campak aje dalam kuali.
Dah ada ikan gulai pun wajib kena goreng ikan.
Cuma lumur garam dan kunyit jer lepas tu masuk dalam airfryer.
Jimat minyak, jimat tenaga, cukup bulan jangan bil elektrik naik sudah le.
Sambal Belacan. Ini campak dalam Mixer Grinder, tekan tekan terus lumat.
Apa mau susah-susah??!
Waaa samalaa kita, kita masak asam pedas ikan merah hehehehe..
ReplyDeleteKita pun sama, kalau tak Suami minta nk masak, memang makan luar aje, rasa bersalah gitu hehehe...
hahahahha! ayat last win kak!
ReplyDelete