MAKAN MALAM YANG MENGGEMBIRAKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...

GIGIH betul Sk memasak lepas balik kerja semalam.  Ialah,  selalu tu macam malas nak masak.  Kalau terpaksa masak,  masak dua lauk aje tapi semalam dah macam makan kat Restoran Siakap Rahmat, hahahahaha.


Masa jalan-jalan kat Pasar Tani Sabtu lepas nampak bungkusan siput sedut sebungkus RM6. Terus terbayang kalau beli yang dah siap masak,  sesenduk kecil dah RM5. Apa kata rajinkan diri demi nak makan siput puas-puas.  Encik Rizar pulak memang sukalah sedut siput nikan,  bila Sk kata nak siput,  laju-laju dia beli. 
Beli parut kelapa dan kunyit hidup jugak sebab nak guna hampas kelapa untuk sucikan siput. 

Tips : 1. Biarkan siput berspa semalaman dengan hampas kelapa sebelum memasaknya (Tapi..  Jangan gunakan kelapa parut yang belum diperah santan pulak ya,  tengik rasa siput anda nanti,  hihi) 
2. Bersihkan atau berus dahulu kulit siput yang berlumpur sebelum menyiang/ membuang buntutnya😂 jadi taklah terpercik dengan lumpur dan hampas kelapa nanti. 


Lepas tu,  fikir..  Apa pulak yang nak dikawankan dengan Siput Masak Lemak Cili Api nikan. 
ER kata,  tauhu goreng. 
Sk kata,  Eh,  mana kena.  Apa kata kita goreng siakap macam kat kedai Rahmat tu. 
Iman terus setuju.. 
Jadi,  buatkan pulak kicap perah limau sebagai pencicah. Siakap tu potong dua sebab nak goreng dua kali,  kepala dan ekor pasal nak jimatkan minyak menggoreng..  Haha. 

Kenapa tak guna airfryer?? 
Merajuk Pak Inche oi..  Dia kata tak best tak ada rasa minyak,  hahaha. 


Iman pulak nak udang bakar cicah kicap macam Nasi Lemak Melaka. 
Haaa..  Yang ni kita masuk airfryer 5 minit aje siap.  Memang rasa macam udang bakar cuma tak ada rasa arang-arang..  Hahhaa. 

Memang meriah la badan masing-masing semalammmmm..  Semua makan dengan gumbira! 
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahahaah bukan gembira aje, meriah dengan srott srotttnyaaa hahaha..
    Dapat bayangkannya hehehe...

    ReplyDelete
  2. hahahhahhaa.... dekat rumah ain kalau ade menu siput sedut ni terus jadi pertandingan sedut paling laju..dasyat betul...hahahahhaa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!