Assalamualaikum...
LANGIT DITAWAN
DARATAN DIKUASAI
LAUTAN DIBELAH
Sampai sekarang Sk masih tak boleh move on dengan Filem Paskal The Movie ini.
Dan percaya tak, Sk menontonnya dua kali di pawagam sebab terlalu sukakan aksi dalam filem ini. Semua dalam filem ini adalah real dan aksi stunt dibawa sendiri oleh pelakon-pelakonnya.. Wowwww!
Selain filem thriller dan seram, Sk juga amat meminati filem aksi dan perang.
Walaupun zahirnya Sk ni seorang yang penakut dan gayat tapi tak tahulah kenapa suka sangat tonton filem macam ni.
Kalau di rumah, jika ada filem genre begini kadang Sk sanggup berjaga sampai dua tiga pagi tanpa menguap.. Haha. Gitu..
PASKAL atau singkatan bagi Pasukan Khas Angkatan Laut merupakan sebuah filem yang diangkat dari kisah benar. Ia mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Rahmat yang bertugas dalam PASKAL Bersama rakan sepasukan yang lain dalam menyelamatkan sebuah kapal tangki MV Bunga Laurel 5 yang ditawan lanun Somalia di Teluk Aden.
LK Arman yang dikenali sebagai Jerung menerima arahan 'Shoot To Kill' dari ketuanya Komander Maznan bagi menyelamatkan kapal dan anak kapal.
Dalam pada itu, LK Arman juga dalam dilemma dan ingin merancang untuk melepaskan tugasnya sebagai anggota PASKAL kerana tersepit dengan permintaan ibunya yang tidak mahu Arman mati sebagaimana ayahnya yang dulu mati sebagai anggota PASKAL.
Namun, satu peristiwa yang berlaku telah berjaya membuka hati ibunya untuk merestui Arman sebagai anggota PASKAL.
Apakah peristiwa yang berlaku sehingga membuka hati ibu Arman?
Haaaa.. Yang tu anda kenalah menonton sendiri filem ini.
Seawal babak pertama menonton, Sk dah rasa macam melekat di kerusi. Terpegun dengan pembukaan filem ini terutama apabila babak PASKAL yang diketuai oleh Leftenan Komander Arman memecah masuk secara senyap ke dalam MV Bunga Laurel yang ditawan lanun Somalia untuk menyelamatkan kesemua anak kapal.
Pergerakan yang senyap tetapi lincah, kerjasama antara satu dan lain dalam pasukan, bunyi tembakan sniper yang padu, arahan dan terima arahan dalam bertugas, membuatkan mata Sk langsung tak berkelip.
Begitu juga apabila babak latihan ketenteraan sebelum terpilih mengganggotai paskal mendedahkan kita kepada latihan keras yang perlu dilalui oleh anggota paskal.
Sk harap ia dapat menutup mulut mereka yang sering menganggap latihan yang dilalui adalah pembulian tetapi itu adalah satu cara menguatkan fizikal dan mental anggota paskal.
Elemen patriotisme, peperangan, kemanusiaan, kekeluargaan, egoistik, sedih dan juga jenaka yang diselitkan dalam filem ini menjadikan PASKAL sebuah filem aksi perang Malaysia yang wajib tonton oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira latarbelakang bangsa dan agama.
Masa inilah kita akan faham pengorbanan tentera kita menjaga kedaulatan tanah air dan betapa hebatnya latihan yang mereka hadapi yang mana kita hanya mampu menjadi penonton, nak melaluinya tu.. Allahu.. Tak terbayang rasanya.
Tahniah kepada Pengarah, Adrian Teh, krew dan pelakon yang menjayakan PASKAL The Movie kerana Berjaya membawa ke layar perak jasa dan bakti hero yang tidak didendang.
5 Bintang!
Anggota PASKAL
Jerung dan Ustat
Zero dan Joshua
Gagak dan Yan
Antara mereka berlapan, dua hero ini Berjaya mencuri hati Sk
Kahhhhhhhhhhhhh!!
Jeb dan Misi
Ok..saya faham da taste kak seri macam mana..ehh..hahahhaha
ReplyDeleteSuka MISI jugakk..dark, tall n hensem 😍😍😍
Jeb lebih berani dan berpendirian sygnya dia kabur dgn wang. Akk suka lakonannya yg hidup, bila dia marah, pipi dia bergegar.
DeleteMisi.. Ofkos, dark, tall & hensem.. Dia macho & tenang jugak
Hahahaa taste dia kemainnn hahahahaa
ReplyDeleteArman berpangkat Lt Kdr (Leftenan Komander) bukan LK (Laskar Kanan).
ReplyDelete