Assalamualaikum…
BERGELAR insan OKU beberapa tahun tanpa berbuat apa-apa pernah membuatkan beliau hampir berputus asa dalam kehidupannya. Begitulah luahan kesedihan Founder JamuMall.com dalam satu video yang menceritakan zaman silamnya membuat ramai netizen menitiskan airmata.
Namun siapa sangka, setiap onak duri ranjau yang dilaluinya bagaikan memberi suntikan semangat menjadikan Khairul Nizam seperti sekarang ini. Founder JamuMall.com, Khairul Nizam membuktikan status OKU bukan halangan untuk berjaya. Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang manusia tanpa dirinya sendiri yang mengubahnya. Tekad untuk mengubah nasib dan masa depan, Khairul Nizam yang hanya mampu menggerakkan tiga jari sahaja bangkit dengan keberanian yang tinggi, kemahuan untuk belajar dan sentiasa rajin memperbaiki diri di samping komitmen yang tinggi membolehkan beliau mengecapi kejayaan sekarang.
Mengimbas kembali detik ketika di mana beliau tidak berkemampuan menguruskan diri, beliau merasa seolah-olah sukar untuk meneruskan kehidupan. Bayangkan apabila beliau terpaksa meminta bantuan orang lain untuk menguruskan kebersihan diri termasuklah ketika mandi.
Duduk perlu diangkat, tidur perlu dijaga, Khairul Nizam dihimpit hampa dan putus asa.
Malah untuk makan pun beliau perlu disuap, beliau merasakan begitu sukar baginya untuk meneruskan kehidupan. Bebanan menanggung kehidupan yang serba kekurangan dan paling terkesan apabila tiada sesiapa membantu. Bila tiba ketikanya menjadi haus, lapar dan penat pada siapa dirinya hendak bergantung harap namun berputus asa mengharapkan mati tidak sekali.
Bermuhasabah diri, betapa Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, ada sebabnya Allah swt memberi beliau nyawa dan sedikit kekuatan jari dan akal yang wajar dimanafaatkan. Terdetik juga di hati melihat kehidupan orang lain yang normal di luar sana, sekiranya beliau normal seperti orang lain, beliau ingin membuat kebaikan dan memberi manafaat kepada orang lain.
Di usia 30 tahun, Khairul Nizam bangkit dengan membina satu syarikat yang diberi nama Jamumall Sdn Bhd dan membina platform jualan Jamumall.com
Alhamdulillah, kini beliau bangga apabila Jamumall.com telah mencapai satu tahap tertinggi sehinggakan beliau mampu mengecapi kemewahan dan berkongsi kesenangan hidupnya dengan orang lain.
Beliau bukan sahaja mampu untuk menikmati makanan yang sedap dan lazat, malah beliau mampu mengembara ke luar negara seperti Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak lagi negara luar yang beliau telah kunjungi. Beliau juga mampu menghadiahkan sebuah kediaman mewah untuk keluarganya dan bersedekah setiap hari.
Bukan riak, jauh sekali membangga diri. Khairul Nizam cuma ingin menyampaikan bahawa semuanya tidak mustahil jika kita berusaha dan menanam azam yang tinggi dalam diri untuk berjaya.
Beliau melihat ramai yang malas untuk merubah hidup sendiri dan kerap memberi alasan apabila bekerja serta mudah putus asa apabila berdepan dengan cabaran. Ini semua hanya memakan diri sendiri.
Ramai memilih kerjaya yang senang, tidak mahu susah dan memilih untuk hidup susah sedangkan mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna. Dari situ terdetik di hati beliau keinginan untuk membantu mereka yang susah dan sebolehnya tidak mahu jadi seperti mereka di luar sana yang malas berusaha.
Kejayaan yang dikecapinya sekarang berkat kesungguhan untuk berjaya yang ada dalam diri. Semua nilai yang ada dalam dirinya dibawa sekali ke dalam pasukan yang dia ada sekarang. Beliau juga menyeru masyarakat untuk bangkit, bersemangat dan Berjaya seperti beliau.
Saksikan luahan hati beliau di FB yang sangat terkesan.
"Jadi aku bangkit!!!
Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-siakan. Aku bangkit untuk memberi manafaat pada orang lain. Aku nak satu dunia Nampak hanya tiga jari dan satu akal dapat melihat kegembiraan senyuman ramai orang di sekeliling aku."
Beliau sedar untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan mahupun perniagaan bukanlah mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat telah merubah kehidupan Khairul Nizam sebagai pengasas Jamumall.com ke tahap kejayaan sekarang. Khairul Nizam juga telah membuktikan bahawa status OKU bukan halangan untuk berjaya.
Jom follow Khairul Nizam
FB
PAGE
IG
WEBSITE
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih