Assalamualaikum…
SELEPAS merasai keenakan masakan di Senibong Bay Seafood (SBS) masa hari jadi Pak Inche hari tu, Sk dah buat permintaan untuk makan lagi di sini sempena hari jadi Sk pulak. Nampak tak dia punya feel tu, siapa yang biasa baca blog Sk tentu tahu Sk peminat masakan western dan selalu minta Pak Inche belanja western di hari jadi Sk tapi kali ni citarasa Sk berubah pulak. Asyiklah teringat-ingat kelazatan Siakap Stim Nyonya dan Salted Egg Sotong di SBS ni ko.. hahaha.
Disebabkan tarikh hari lahir Sk tahun ini jatuh pada bulan puasa dan hari bekerja pulak tu, maka kami datang untuk makan malam jer la selepas berbuka dahulu dengan kurma dan kuih. Lagipun SBS ni mempunyai kapasiti yang besar jadi tak perlu risaulah tak ada meja tapi masa sampai tu memang terperanjat juga sebab orang ramai giler!
Walaupun ramai tapi tetap ada meja, best kan. Adeh.. apa nak makan ni… aummmmm!
Dahlah memang tengah lapar masa tu, kan.. dalam kepala ni memang dah terbayang ikan stim nyonya.. sotong telur masin.. ikan stim nyonya.. sotong telur masin.
Kali ni Pak Inche kata tak nak order Baby Kailan. Kan Sk dah cerita hari tu, baby kalian kat sini biasa-biasa aje rasanya.
Dah sayur kan, nak rasa macam mana lagikan.. hahaha. Tapi betul, baby kalian goreng oyster paling sedap sekali di Yeo Seafood Restaurant... huhu.
Mula-mula Pak Inche nak ambil Brokoli tapi Sk bantah sekeras-kerasnya sebab Sk tahu penyudahnya nanti Sk juga yang tukang habiskan. Pak Inche paling-paling pun makan tiga keping, Iman lagilahhh.. dua keping kot, hahaha.
Eh, sedaplah Kangkung Belacan dia, tak sia-sia kangkung murah, hahaha.
Baby Sotong dia memang tak menghampakan laaa. Rangup, lembut dan manis serta tak mengelat. Sebab biasa jumpa baby sotong sikit yang banyak bawang dengan timun, huhu.
Sk pernah masak baby sotong ni, sekali aje jadi, yang lain. ke lautttt!
Haaaaaaaa.. yang diingati selalu, Sotong Telur Masin.
Mak aihh.. besar dan segar betul sotongnya, salutan rangup dan sempurna dengan rasa sos telur masin. Sampai sekarang masih tak boleh lupa uiii. Tu Nampak macam sikit sebenarnya banyak tau sampai dua beranak tu surrender nak habiskan, ya beda beduuuuuu!
Pak Inche kata nak rasa Hot Plate Bean Curd kat sini.
Ternyata sedapppp.. memang betul-betul sedap… walaupun cuma beancurd semata dalam tu, tak ada isi udang atau cendawan.
Masa telur dadar ni diletakkan atas meja punyalah terkejut. Dahlah pinggannya bukan main besar lepas tu kami ingat tersalah meja sebab jarang order telur dadar. Pak Inche kebetulan tak ada kat meja masa ni. Nasib baik Pak Inche sampai, dia kata memang dia order benda ni, namanya Shrimp Omelete.. oooo. Dalam telur dadar tu ada udang NSK.. hahahah.
Udang NSK - Udang Frozen gemuk-gemuk tau, siapa pergi NSK bagus beli senang nak buat rencah masak mee ke, nasi goreng ke..
Sambil- sambil tu.. sambil makan la lauk-lauk yang dah sampai, tapi ikan tak sampai-sampai.. sedihhhh.. Iman siap standby nasi lagi semangkuk, hahaha.
Akhirnya ikan sampai juga.. kenapalah lambat ko ikan, mesti ko tak nak timbulkan tadi. Timbul pulak ikan punyalah beso. Puas jugaklah Iman makan ikan tu tapi rasa sos nyonya tu tak sesedap hari tu, yang ni macam pekat sangat sambalnya.. ke.. sebab dah kenyang makan lauk-lauk lain, hahaha.
Tapi masih sedap dan tak mengecewakan.
Memang daripada rumah dah bincang dengan Iman nak order Butter Prawn. Tapi butter prawn sampai lambat saing dengan ikan. Pak Inche makan sekor, Sk makan sekor. Perghhhhh!! Memang torbaekkk salutan butter pada kulit udang tu. Suruh Iman makan, dia kata tak larat, jadi yang lain bungkus, tuuu. ada lagi dalam esbox, huhu. Malam ni kita kasi perabih laaaaaaaaaaaaaaa.
Selamat Hari Lahir Kak Seri yang cantik manis...
ReplyDeleteMaaf lambat wish besdaynya...
Moga akak sentiasa di rahmati Allah sentiasa...
Happy belated birthday kak seri.. Puas hati dapat makan seafood tu...
ReplyDeleteSelamat Hari Lahi Kak Seri !!!!
ReplyDeleteUish siap repeat ni..mesti sedap sangat haaaa..kena pergi jugak satu hari nanti
ReplyDeletegituuwwww bday bonda meratah seafood. 😋😋😋
ReplyDelete