SEMINGGU RAMADHAN & SELAMAT HARI IBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum…

7 HARI sudah kita berada di bulan puasa. Bulan di mana kita menahan lapar dan dahaga di siang harinya tapi menjelang berbuka rasa macam nak minum air sahaja lantaran cuaca panas dan berbahang disebabkan gelombang haba yang melanda negara sejak beberapa bulan lepas.
Dalam cuaca yang begini ditambah stress menghadap kesesakan jalanraya  setiap kali pulang kerja kalau diikutkan semua makanan hendak dibeli sahaja. Syabaslah kalau anda belum lagi jejak kaki ke Pasar Ramadhan, bagi Sk tahun ini tiada istilah NO TO BAZAR RAMADHAN. Kalau sempat masak, kita masak, kalau tak sempat kita minta Pak Inche tapau.. gituuu!



Bila selera tak sama, maka terjadilah situasi seperti di atas.
Yang seorang nak Sambal Daging, yang seorang lagi nak Daging Masak Merah.
Tapi, Daging Masak Merah dah tukar jadi Daging Padprik, hahaha. 
Iman kata, sedap jugak daging masak padprik daripada makan daging masak sambal.
Bapak ko nakkk.. kalau boleh semua nak dimasak sambal, redho ajelah.


Sambal Udang Petai.. hurmmm.. sambal lagik. Naik kembang tekak Sk makan sambal. Sebenarnya masa mengandungkan Iman, Sk tak boleh bau tumis-tumis sambal ni tau, rasa berpusing dunia tapi dalam pada tu, pelik jugak masih bertabah memasak sambal untuk Pak Inche. Kegemarannya pulak udang, dah nampak macam lipan melingko-lingko dalam kuali, adeh! Tu kisah masa mengandungkan Iman la.. nasib baik nak pulak Iman makan udang, hehehe.



Masa nak masak sotong ni, Sk awal-awal cakap dengan Pak Inche, stop la masak sambal, tekak ni dah tak boleh terima. Sk cakap nak buat Sotong Masak Hitam. Nasib baik okey pulak dia nak, tup tup Iman pulak buat muka kecewa maka terjadiklah Sotong Masak Padprik. Begitulah kalau dah jadi ibu, kan.. apa sahaja yang terhajat dek anak tekak suami dan anak sedayanya ditunaikan supaya semua dapat apa yang dihajati.


Situasi yang dihadapi ibu-ibu sepanjang bulan puasa.. bertabahlah.. hahahaha


Akhir kalam, Sk ucapkan Selamat Hari Ibu semoga kita terus ikhlas dalam menjalani rutin seorang ibu, Wassalam.





Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedih pulakk baca bab mak2 bangun awal tuuu...teringat arwah ibu dedulu...macam mana dia paksa kitorang minum segelas susu masa time sahur.. tu belum lagi dia suapkan anak2 dia...

    ReplyDelete
  2. Begitulah kan Kak, kalau ada suami nak menu ini, anak nak menu ini, Emaknya bedal je semua hahahaha...
    Teringin juga ni nak masak sambal daging...nak kena buat ni...

    Selamat Hari Ibu buat Bonda Iman Fatiha ...

    ReplyDelete
  3. ye betul...teringat pulak mak kejut masa kecik2 dulu...kita ok je bangun, tapi adik kita marah2..penyudahnya mak kita pun marah2 jugak, stressed kene kejut orang yang susah nak bangun....hahahhaha

    ReplyDelete
  4. assalam
    singgah sini..
    selamat hari ibu..

    saya pon peminat sambal.hihi
    kebetulan pulak hari ni buat sambal sotong

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa dan selamat hari ibu

    ReplyDelete
  6. sambal udang tu menyelerakan betul.. selamat hari ibu kak seri!

    ReplyDelete
  7. Selamat hari ibu SK..itu la lumrah kita ni sebagai mak kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!