Assalamualaikum...
TERINGIN sangat nak makan lauk Daging Salai Masak Lemak Cili Api ni tapi tang mana pulak nak dapatkan daging salai? Hahaha. Sk tengok kawan yang tinggal di Negeri Sembilan kongsi gambar kemeriahan gerai-gerai salai di Rembau, di JB ni manalah nak ada. Nak salai sendiri pun tak pandai dan tak tahu, alatannya pun tak ada, jadi sebab dah teringin sangat kita salai olok-olok ajelah.
Kalau orang nogori masak lemak cili api cuma tumbuk cili api dan kunyit sahaja, tapi Sk orang Johor, dah pernah cuba juga masak lemak tak letak bawang tapi rasa ke laut, hahhaa. Jadi, Sk ikut cara Sk la ya, lagipun kita yang nak makan, kan.
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
300 gm daging dipotong sederhana
Perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian panggangkan atas kuali leper beberapa minit sehingga daging berubah warna. Hiris daging nipis.
Bahan tumbuk/kisar:
2 biji bawang merah besar
21 tangkai cili api
1/2" halia
2 batang serai diketuk
1 asam keping
3 helai daun limau purut
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Cara-caranya :
Masukkan daging hiris dalam kuali berserta bahan tumbuk, serai dan santan cair, buka api dan kacau kuah santan sentiasa hingga mendidih.
Masukkan santan pekat, asam keping dan garam. Kacau lagi sehingga mendidih dan jangan sampai pecah santan.
Masukkan daun limau purut, kacau sebentar dan tutup api.
Enak dimakan bersama nasi putih.
Selingan
Sebenarnya masak Daging Lemak Cili Padi ni sebab Pak Inche nak lauk Daging Negro ni. Ni lah jadinya bila citarasa lain-lain, hahaha.
Pak Inche beli di Param, Sayur Kacang Goreng. Dia tak perasan banyak tempe, sudahnya Sk yang kasi perabeh, hurmmm.
Hati dan pedal ayam berempah, pun beli dari param. Dah mula dah dua beli organ-organ haiwan ni, huhuhu.
Ada beberapa hari lagi nak puasa, tak sabar nak cuti uiiii... Huhuhu.
sedapnyaaaaaaa kak seri! febret ni! teringin pulak nak menyalai daging...ada jugak pergi beli arang ni kang..hahahahha
ReplyDeletekita pun masak lemak cili padi tak reti kalo tak letak bawang..rasa macam makan cili semata...huhuhu
Dari sehari ke sehari nak buat daging salai lemak ni tapi sejak Noxxa rosak, macam malas nak beli daging huhuhu...
ReplyDeleteTahun ni masak rendang acaner le gamaknya, jenuh le nak rebus huwaaaaaa
aduii... teringin betul nak buat daging salai ni...sedap tu
ReplyDelete