Assalamualaikum...
Dessert Sk berbuka sabtu lepas. Resepi asal dari Nazharzan Nadz iaitu Puding Kasih Bertaut tapi yang ini kita buat versi single kita namakan dia Puding Pujaan Hati Kanda sempena drama rantaian favourite Pak Inche, kah kah kah..
Resepi :
Bahan A
1/2 kotak santan + air (jadikan 1L)
250 gm gula pasir
1 pek serbuk agak2 (clear)
1 biji telur (dikocok)
Masakkan semuanya sehingga mendidih, kacau sentiasa supaya tidak berketul. Dah siap, masukkan dalam acuan bentuk bunga ros, biarkan membeku, boleh simpan dalam peti sejuk dulu
Bahan B
1L air
200 gm gula pasir
50 gm gula melaka
2 helai daun pandan disimpul
1 pek serbuk agar2 (clear)
Masak semua semua bahan di atas hingga mendidih.
Agar-agar (Bahan A) tadi masukkan dalam acuan lompang atau acuan bulat atau apa2 acuan sesuai.
Tuangkan Bahan B secukupnya. Biarkan membeku dan sejukkan dalam peti sejuk. Dah sejuk bolehlah keluarkan dari acuan.
P/S Sejak pencen baking, Mak Inche dah kehabisan pewarna, nasib ada warna biru dengan kuning aje, kalau pakai warna merah dengan pink cantik giler wa cakap luuuu!
Resepi asal boleh tengok di sini
cantik nya warna, memang tertarik lah mata memandang. sayang pulak nak makan, hehehehe
ReplyDeletetertengok dana terliur..
ReplyDeleteterus terliur..bleh buat utk raya gak ni kan..
ReplyDelete