MAKAN-MAKAN DI BAZAR KARAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum…


KISAH sebelum Ramadhan ni, 
teringin sangat makan di Bazar Karat, nampak macam happening gitu.
Jadi, di suatu malam hitam pekat, meronggenglah kami tiga beranak ke sini, kui kui.


Mulanya kami duduk di meja yang terletak di bahagian tengah, rupanya itu kawasan untuk 
ber'shisha', jadi kami berpindah ke meja sebelah kanan.


Sebaik sahaja duduk, kami terus diserbu dengan pekerja-pekerja dari stall yang ada.
Baru tau sini konsepnya order secara bersepah ala-ala macam satu kawasan medan selera di PJ, lupa nama tempat tu. Terus keliru nak makan apa, hahaha.


Makin lama orang makin ramai. Terus teringat kenangan masa Medan Selera Sungai Segget masih ada. Sk antara pengunjung tetap masa tu bila ada kelas malam, kalau lapar singgah dulu makan.


Iman pesan Roti Nan Cheese dan Ayam Tandoori. Tengok ayam tu macam gersang gitu kan, tapi bila dicubit sungguh juicy dan lembut cuma bahan pencecahnya tu tak berapa kena.


Sedap jugak roti cheese nan ni cuma teksturnya tak macam Roti Nan Pak Putra di Melaka.


Kanan tu, Pisang Cheese dan di kiri rojak petis.
Dua-dua sedap.


Meja dah penuh, haha. Sk makan Roti Nan dengan Kheema sahaja. Ayam ngecek dengan dorang berdua.


Ada kugiran.. mendayu-dayu lagu yang dinyanyikan teringat zaman muda mudi dulu, hak hak!
Nanti lepas raya nak cuba tomyam kat sini pulak.

Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kat KL ada je konsep order mcm ni...mcm menarik je..cuma berpusu-pusu diorang dtg kat meja...rasa mcm x selesa

    ReplyDelete
  2. alamak kecurnya tengok roti nan tu..

    ReplyDelete
  3. kalo ke bazar karat, tak sah tak lalu tempat ni...tapi tak pernah singgah duduk makan...nampak selalu penuh dengan orang bershisha

    ReplyDelete
  4. Anak kita paling tak gemar nak makan sini, riuh bising dengan muzik, dah tu panas kemain kan Kak...huhuhu
    Masa tu makan, peluh sampai celah kelengkang, dah le order air kopiO panas hahahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!