SPAGHETTI BOLOGNESE PALING SEDAP

Assalamualaikum…

SPAGHETTI Bolognese paling sedap!


Itulah komen seorang kawan Iman bila dia post gambar ni di IG Stories.
Spaghetti Bolognese adalah antara bekalan yang sering Iman bawa ke sekolah dulu-dulu.
Selalunya Sk sengaja masak lebih supaya Iman boleh berkongsi makan dengan kawan-kawan. Sebabnya Iman pun selalu belasah kawan-kawan punya bekal, hahahaha.

Sk masak Spaghetti ni minggu lepas, tak ingat hari apa.
Plan asalnya nak berbuka di SDS Taman U. Disebabkan SDS Café Taman U selalu full house, jadi cadangnya balik kerja, singgah buat reservation dan bayar siap-siap, kamudian balik rumah mandi sebelum datang semula waktu berbuka. Dalam kepala dah terbayang Set Ramadhan Ikan Talapia dan Iman berangan nak makan Spaghetti Bolognese. Sekali.. dah sampai Taman Teratai baru sedar.. lupa nak singgah.. nak datang walk-in, memang tak ada maknanya la.. kompom tak ada tempat dahhh.
Fuhhhhhh.. selamat duhet bonda.. kah kah kah.

Lagi 15 minit jam 7 petang barulah Sk mula memasak, Iman dah risau takut tak sempat nak berbuka katanya. Tapi, bila semua dah terhidang sebelum waktu berbuka, dia terus buat muka pelik, cepatnya bonda masakkk.

Disebabkan daging cincang tak ada, kita guna jer meatball. Jom kita memasak!

Spaghetti Bolognese Meatball

Sediakan Sos Bolognese dulu…

Sedikit minyak masak untuk menggoreng meatball
5 ulas bawang putih dicincang
Sedikit minyak zaitun
1 labu bawang Holland atau bawang besar didadu
1 tin Sos Prego Tradisional
Sedikit air

Caranya :

1. Panaskan kuali, tuang sedikit minyak masak dan biarkan panas.
2. Goreng meatball, sentiasa dibalik-balikkan sehingga keseluruhan meatball masak dan agak garing sedikit di bahagian luar. 
3. Angkat meatball dahulu, dan buangkan minyak dari kuali.
4. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
5. Masukkan semula meatball dan bawang besar yang didadu, masak sehingga bawang layu.
6. Tuang kan sos prego, kacau rata. Tambah sedikit air dalam tin prego, goncang dan tuangkan sisa sos prego dalam kuali.
Masak hingga mendidih dan sebati, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.

Sementara menyediakan sos, boleh rebus spaghetti mengikut arahan pada label bungkusan.
Biasanya kebanyakan spaghetti direbus dalam jangkamasa 13 minit.
Toskan spaghetti dan gaul dengan sedikit mentega atau margerin.
Hidangkan spaghetti bersama sos, renjiskan daun parsley kering dan serbuk lada hitam jika suka.

3 comments:

  1. aduii sedapnya....da lama tak masak bolognese sendiri...meleleh pulak ailio bila terbayangkan masam-masam manis kuah bolognese...erkk

    ReplyDelete
  2. Kama juga tak buat spageti ni, barang ada sebab buat stok, kot malas nak masak berbuka...ermm nanti nak buat jugalah...
    Kalau kita kena buat 2, satu ayam satu daging huhuhu
    Kakak tak makan meatball, tapi spageti gini meatball la sedapkannn

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih