KURTA, BAJU MELAYU DAN KEMEJA BEST DI BUTIK KACAX

Seri Kandi Tanah Jauhar
4


Assalamualaikum…
TINGGAL sehari lagi mula berpuasa namun ramai yang sudah mula membeli-belah persiapan hari raya. Kebanyakan pusat beli belah telah mula menyewakan booth kepada peniaga untuk menjual pakaian raya. Kalau di Johor Bahru ni, Angsana Johor Bahru Mall antara yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk membeli keperluan hari raya. Apa yang tak ada di Angsana, semua keperluan dari hujung rambut sampai hujung kaki malah keperluan rumah dari lantai pintu depan sampai pintu belakang semuanya ada dijual, sediakanlah sahaja ongkosnya, hehehe.
Mengambil kesempatan tersebut, Sk membuat keputusan untuk membeli sepasang pakaian hari raya untuk Pak Inche sempena hari lahirnya yang jatuh pada tarikh akhir bulan lepas. Alhamdulillah, dua pasang baju kurung Teluk Belanga telah Sk tempah lebih awal dan telahpun siap. Jadi, nak cari baju kasual la untuk dipakai di hari raya yang seterusnya. Sk Tanya Pak Inche, nak baju yang macam mana? Ialah, walaupun hadiah hari jadi ni selalunya surprise kan, tapi Sk lebih suka kalau tuan punya badan  memilih sendiri apa yang dia suka. Lebih puas hati katanya.

Sk mengajak Pak Inche ke Angsana Johor Bahru Mall. Kami memarkir kereta di Tingkat 3 dan terus berjalan masuk ke dalam mall. Masa lalu depan Kedai Buku Badan tu, Sk perasan macam ada banyak butik pakaian yang ditempatkan di aras ini. Masa tu jugak terpandang perkataan KACAX di hadapan sebuah butik. Kacax tentunya sinonim dengan pakaian lelaki, kan. Rasanya biasa dengar jugak tentang Butik Kacax yang menjual pakaian siap seperti kurta, baju melayu dan kemeja. Eh, jomlah kita tengok kot-kot ada yang berkenan di hati Pak Inche.

Sebaik sahaja masuk ke dalam butik KACAX, Pak Inche terus teruja untuk memilih. Namun, melihat deretan pakaian yang tergantung kemas di dalam butik, rambang mata juga nak pilih yang mana satu. Kami terus disapa oleh seorang staf butik yang menawarkan bantuan untuk membuat pilihan jenis-jenis kurta yang dijual di Butik KACAX.


Sekali pandang terus jatuh hati melihat model lelaki ini menggayakan Kurta Mauro. Mempunyai potongan slim fit, kurta Mauro sesuai digayakan bagi peminat baju melayu berleher cekak musang. Terdapat lapan pilihan warna bagi kurta Mauro dan pastinya tiada masalah bagi mereka yang ingin kelihatan sedondon bersama keluarga.


Masih mengekalkan potongan leher cekak musang, jika anda tidak suka material berjalur pada kocek baju seperti Kurta Mauro, anda boleh pilih Kurta Vito ni. Dengan lengan tiga suku penampilan anda pasti kelihatan lebih macho dengan kurta vito.

Patern berzip di leher sesuai bagi mereka yang selalu ingin bersiap cepat. Kurta Caprio yang juga berpotongan leher cekak musang ini menampilkan lengan panjang berbutang yang pastinya kelihatan lebih kemas dan formal.

Bagi mereka yang tidak gemarkan kolar cekak musang, apa kata anda pilih Kurta Elano ini. Dengan potongan leher seperti Teluk Belanga, kurta elano sesuai bagi mereka yang suka penampilan ringkas dan cepat. Ia kelihatan formal dengan lengan panjang.

Jika anda tidak sukakan material garisan melintang pada kocek seperti Kurta Elano, apa kata anda memilih Kurta Hugo ini. Dengan potongan leher teluk belanga, kurta hugo kelihatan agak polos dan pastinya sesuai bagi mereka yang gemarkan  gaya klasik.

Kurta Edisi Khas dari Butik KACAX menampilkan gaya hitam putih ala Terengganu. Ini merupakan special edition yang mana Butik KACAX hanya mengeluarkan satu warna sahaja bagi design ini. Segak bergaya Pak Inche kita, kannn.

Butik KACAX menyediakan pakaian dari saiz S hingga saiz XXL. Jika anda sukakan kurta gaya kemeja macam Pak Inche cuba ni pun ada tau.

Jangan risau jika kurta tidak memenuhi citarasa anda kerana Butik KACAX turut menjual seleksi kemeja yang agak ranggi dan sesuai dengan jiwa anda yang masih muda.

Terus nampak muda Pak Inche kita bila menggayakan kemeja dari Butik KACAX.
Menurut staf Butik KACAX, hanya material terbaik sahaja dipilih untuk dijadikan pakaian di Butik KACAX.

Kalau hati sudah suka, jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang, tak gitu bosskurrr.


Selain di Aras 3, Butik KACAX juga membuka beberapa booth di ARAS 2 bagi memudahkan pengunjung yang ingin mendapatkan produk  KACAX.

Sekarang ini sedang berlangsung promosi Buy & Fly, di mana bagi setiap pembelian minima RM100 di Butik KACAX atau Busana Jamilah, anda layak untuk menyertai peraduan tersebut yang menawarkan hadiah tiket penerbangan ke Guangzhou, Ho Chi Minh dan Jakarta.  Syaratnya bolehlah rujuk di bahagian belakang borang penyertaan yang akan diberikan selepas anda membuat pembayaran. Peraduan ini berlangsung dari 1 April 2019 hingga 15 Julai 2019, jom cepat join.
 

Oh ya, selain itu Butik KACAX turut menjual sampin dan butang baju Melayu tau. Senang, kalau siapa beli baju melayu di sini boleh terus padankan dengan sampin  dan butang baju yang sesuai.

Berita baik bagi pembaca blog SK, jangan lupa dapatkan potongan harga 20% bagi setiap pembelian Kurta, Baju Melayu atau Kemeja KACAX dengan memberikan kod promo PROMO BLOG dan promosi ini sah sehingga 27 Mei 2019 sahaja atau tunjukkan sahaja screenshot entri ini ketika membuat bayaran di Butik KACAX. Pembelian melalui whatsapp boleh dilakukan dengan klik link yang akan SK sertakan di bawah ya.

Lokasi :
Butik KACAX
L3.41, Aras 3, Angsana Johor Bahru Mall, JB
Atau Booth KACAX
Lot 23&24 (berhadapan Habib Jewels)
Lot 27 (berhadapan Kedai Cermin Mata NIKON)
Order Whatsapp : https://bit.ly/2WkSQbw
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. senyuman jelas terpancar di wajah pak enche dapat baju di butik kacax tuu

    ReplyDelete
  2. Memang baju Kacax ni terbaekk Kak...kawan Lin tahun lepas kemain memborong baju Kacax...tahun ni pun sama juga, sebab mereka jenis tak suka pakai one set. Kacax banyak pilihan...Amat pun suka ..

    ReplyDelete
  3. kacax bergaya la pak inche tahun ni....

    ReplyDelete
  4. I would recommend this shop and the design is good. Last Raya I was wearing and it fits well. Now searching for a full suit like normal Baju Melayu Kacax style but unfortunately they don't have it. Need to attend my sis-in-law wedding.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!