KEMANGKATAN KDYMM PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

Assalamualaikum…

SALAM TAKZIAH buat rakyat Pahang kerana kehilangan sultan berjiwa rakyat semalam.


ALMARHUM KDYMM SERI PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH 
"RAJA BERJIWA RAKYAT".
SULTAN PAHANG V

ALMARHUM KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH.,DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK.(Perak), DK.(Johor), DK.(Kelantan),DK.(Terengganu), DK.(Perlis), DK.(Kedah), DKMB., DK.(Brunei), DK.(Negeri Sembilan), DK.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia)., Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait)., Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya)., LLD. Hc. (Northrop USA)., Hon. D. Sc. (Bedfordshire, UK)., Hon. PhD. (Civil Engineering) (Universiti Malaysia Pahang).

Almarhum Seri Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah diputerakan pada 24 Oktober 1930 
di Istana Mangga Tunggal, Pekan dan merupakan anakanda ketiga Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.

Apabila peperangan tamat, Sultan Ahmad Shah belajar di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah, sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang.
Empat tahun kemudian baginda meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford, sebelum ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan.

Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan sambil bekerja di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.

Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab.

Sultan Ahmad Shah gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara, selain meminati sukan hoki, badminton dan golf.

Pada 7 Mei 1974, Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang ke-5, selepas kemangkatan seri paduka ayahanda baginda Sultan Abu Bakar.

Istiadat pertabalan baginda diadakan setahun kemudian, pada 8 Mei 1975
Sultan Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan pada 22 April 1954 dan dikurniakan dua putera dan lima puteri:

YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah,

YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang
Hajjah Tengku Dato' Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah,

YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang
Tengku Hajjah Dato' Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah,

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (Kini SPB Yang Di-Pertuan Agong XVI)

YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang
Tengku Dato' Hajah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang
Tengku Dato' Hajah Shahariah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 1991 dan dikurniakan seorang putera:
YAM Tengku Arif Temenggong Pahang
Tengku Fahd Mua'adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Beberapa bulan selepas pertabalan Sultan Pahang Ke-V, Sultan Ahmad Shah dilantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong, pada 21 Sept 1975 dan mengambil alih tugas SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra bercuti selama dua bulan antara 8 Mac dan 2 Mei 1978.

Sultan Ahmad Shah ditabal sebagai SPB Yang di-Pertuan Agong Ke-VII pada 26 April 1979 selepas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Tuanku Yahya Petra pada 29 Mei 1979.
SPB YANG di PERTUAN AGONG VVII
Sultan Ahmad Shah ditabal sebagai SPB Yang di-Pertuan Agong Ke-VII untuk tempoh lima tahun 26 April 1979 - 24 April 1984. Baginda dilantik selepas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Tuanku Yahya Petra.

Pada 1982, Almarhum dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa dan menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu.

Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) pada 1984.

Sultan Haji Ahmad Shah telah dilantik Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) sejak Februari 1983- 2019

SERAH TAKHTA
15 Jan 2019 - Almarhum Sultan Ahmad Shah turun takhta selepas anakanda baginda, KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah diperkenan sebagai waris ganti dimasyhurkan menaiki takhta kerajaan negeri Pahang sebagai Sultan Pahang Ke-6.
Gelaran baginda selepas turun takhta, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

MANGKAT
KDYMM Seri Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat pada 22 Mei 2019 
Bersamaan 17 Ramadhan 1440H Jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN).
Jenazah baginda dibawa pulang dari Istana Negara ke Istana Abu Bakar terlebih dahulu sebelum disemadikan di Makam Diraja Pekan.
Semoga roh Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah di tempatkan bersama para Syuhada’. 

الفاتحة
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين


SUMBER

1 comment:

  1. Innalilahiwainnilaihiroijun,..
    Almarhum adalah Agung kesukaan arwah abah kita selain armarhum sultan Johor lama tu...

    Sebab jiwa rakyat sangat...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih