SOTONG ALA THAI UNTUK BERBUKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum... 

BOLEH dikatakan sepanjang bulan puasa kali ini,  Sk jarang memasak pada hari cuti.  Biasanya kami akan keluar melahu entah ke mana, hahahah.  Entahlah,  kalau diingat balik hanya berjalan dan beli barang keperluan sikit-sikit.  Kalau dah berpoya-poya tu bila masa pula hendak memasak. Ikan atau daging perlu di defrost, bawang lada perlu dihiris,  bila masa pulak nak mengerjakannya,  jalan mudah beli sahaja makanan yang siap dijual di pasar ramadhan.  Biasanya Pak Inche dengan nasi beriyaninya,  Iman dengan ayam penyet dan Sk pilih nasi ambeng. Lepas tu beli sedikit (tipu)  kuih dan murtabak. Jimatttt tenaga,  kuang kuang kuang.  Setahun sekali kita berkongsi dengan peniaga bazar,  gituuu. 

Tapi..  Hari ni Pak Inche kata nak makan Siakap Stim,  tak kisahlah stim apapun janji dia nak berbuka makanan yang dimasak.  Dalam pada tu,  Sk teringat pulak hari tu kami ada beli sotong besar di NSK.  Sedap jugak tu kalau buat sotong panggang curah dengan sos thai homemade macam KhairulAming masak.  Cakap dalam hati jer tapi tak sangka pulak Pak Inche ada perasaan yang sama,  hahahah.  Bila Pak Inche mencurah keinginannya,  cepat-cepat Sk bersetuju dengan syarat dia yang masak sotong tu  fuhhhh..  Ringan sikit bahu Mak Inche,  hehehehe.


Sotong Panggang Ala Thai
Resepi : Khairul Aming IG

Resepi Sos Thai
8 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Garam (jika perlu) 
3 sudu gula 
Jus dari 3 biji limau nipis
Daun ketumbar
Sotong

Cara :
Bersihkan sotong dan kelar jangan putus,  toskan air sotong

Tumbuk bawang putih,  cili padi dan gula. 
Tuangkan sos ikan,  sos tiram dan jus limau nipis, kacau rata. 
Masukkan daun ketumbar yang dicincang,  sebatikan. 

Panaskan kuali leper. 
Panaskan sedikit butter dan panggang sotong 5 - 7 minit sambil dibalik-balikkan dan ditekan dengan sudip supaya tidak bergulung.
Angkat sotong ke dalam pinggan dan sudukan sos thai di atasnya. 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah.. wah.. seksinya sotong itu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Semalam tunjung anak si Kakak, terus dia kata nanti kita cuba, sebab baki sotong besau tu ada lagi 4 ekor heheheh

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum seri...alamak sedapnya menu...mmg rasa nak buat sotong bakar mcm ni semlm tapi terpaksa cancelkn sbb berbuka kat the straits kopitiam semlm...rasanya hari ni nak membuatnya la...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!