KUIH ENCIK ABAS DEMAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum…

SETIAP kali bulan Ramadhan, setiap kali itulah akan muncul menu-menu kuih nostalgia. Kali ini, Sk akan ceritakan kuih nostalgia yang berasal dari Terengganu yang dipanggil 
Kuih Encik Abas Demam. (Che' Abas Demam)


Kuih ini dikenali sebagai Encik Abas Demam kononnya adalah gurauan kepada  seseorang yang bernama Abas, berasal dari Sarawak. Beliau tinggal menetap di Kampung Maras.

Ketika satu majlis kenduri makan laksa diadakan di kampung tersebut, Encik Abas telah demam. Isteri Encik Abas telah menasihatnya untuk tidak memakan laksa dengan alasan masih dalam keadaan demam. Baginya, memakan laksa boleh menyebabkan badan orang yang demam akan bertambah sakit.



Untuk tidak mengecewakan perasaan Encik Abas yang sedang demam, maka isterinya telah memasak sagu bagi menggantikan laksa untuk dimakan bersama kuah laksa. Apabila mee laksa telah habis, maka orang-orang kampung yang datang telah dihidangkan dengan sagu yang dimasak untuk Encik Abas itu.  Kesedapan sagu apabila dimakan dengan kuah laksa telah menjadi bualan dan sejak hari itu kuih itu dipanggil dengan nama 
Encik Abas Demam.


Siapa yang teringin nak merasa keenakan kuih ni, bolehlah mencubanya.


Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ya Allah kesiannyaa Che Abas demam sampai buat kuih jadikan nama hahahaha...pelik sungguh namanya ..

    ReplyDelete
  2. menarik betul sejarah nama kuih ni!

    ReplyDelete
  3. Hahahahha... Gitu nak buat ler.. Kuih ain ketawa. Sebabnya dia suka ketawa. hAHaHAHAHa.. 😂😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!