KISAH SEDIH RAMADHAN 12

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum... 

TERDENGAR bunyi alarm memanggil-manggil.  Macam biasa,  sepanjang Ramadhan Sk set alarm handphone 4.15 pagi,  maknanya dah pukul 4.15 pagi laaa.  Capai handphone dan letak atas perut sekejap sambil mata masih pejam.  Lepas tu teringat pagi ni nak goreng telur dadar,  panaskan nasi dan lauk asam pedas ikan pari berbuka semalam. Sedap uiii makan asam pedas pagi-pagi.  Terus letak handphone atas meja dan berlalu ke dapur. 

Sampai dapur macam biasa rutinnya minum dulu air kosong segelas. Kemudian sambungkan plug nasi, letak air sikit,  on.  Penaskan kuali,  pecahkan telur,  letak garam sikit untuk didadar. Keluarkan lauk semalam dari peti sejuk untuk panaskan. Sambil tu buatlah kerja lain sikit-sikit.  Siap semua hidang atas meja terdengar bunyi azan.  Masjid dekat rumah ni setiap ramadhan memang ada azan untuk mengingatkan orang sahur,  biasanya kalau azan dah kedengaran ni jam 4.50 pagi.  Ngam-ngam pulak siap hidang tu.. Cakap dalam hati.  

Terus jenguk ke depan nak tengok jam maklumlah jam kat dapur ni semua mati. Erkkkk! Jarum panjang antara nombor 6 dan 7???? Biar betul!  Gosok mata tengok jarum pendek antara angka 5 dengan 6. Aaaarhh. . Jam ni dah kenapa,  mati ke?  Tunggu sejenak tengok jarum saat elok aje bergerak.  Nak kata yang kedengaran tadi azan subuh,  tak ada pulak dengar bunyi bacaan tarhim subuh  menandakan waktu imsak dah masuk.


Sah-sah...  Dah terlepas waktu sahur..  oh. . Pak Inche tak ada out station satu hari.  Kejut Iman bagitau,  Iman pun macam blur. Yang paling sedih tu tengok lauk atas meja. Dugaan sungguhhhhh laaaaa..  Asam pedassssss kok! 

Simpan semua lauk masuk tupperware, sambil blur. . dengan apa yang terjadi. 
Sampai sekarang ni pun masih banyak persoalan apa yang berlaku pagi tadi sebab memang set alarm 4.15 dan memang tak tidur balik. Eh,  tak logiklah kita panaskan lauk dan siapkan sahur lama sangat. 

Yang logiknya kita tetidut. . Tapi tak pulak.. 
Hurmmmm
😠😠😠


Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahaha alahaii siannyaaa kak...lagi bertambah sedih dah siap semua, kompom bau asam pedas dah menyengat dalam rumah kan...ishh tak dapat bayangkan kesedihan itu..

    Tapi kita agak dan rasa akk tertido sambil handphone atas perut hahaha...
    Kat rumah ni Kak, nak selamat, semua set jam 4am kak...hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha.. kesian kak seri tp lawak jugak.. mesti sedih sgt dah beria siapkan semua tinggal makan je.. nasib baik sempat minum air kosong..

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum seri...kesian nyer tengok lauk x berusik...mesti terlelap balik lepas bunyi jam tadi...terasa mmg mcm sekejap jer tu...hahhaaa x apa leh mkn buka ptg ni...

    ReplyDelete
  4. kesian tapi nak tergelak bygkan hp kat atas perut tu.. tak baik hp ni xbunyi lg sekali kan.. kan dah mak inche ttido hehehe..

    ReplyDelete
  5. Pengalaman yang tak akan dilupakan

    ReplyDelete
  6. ain cerita dekaat abang ain...tergelakk kamiii berdua...hahahaahah 🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Terlelap YG lebih Dari Lima minit ...YG dirasakan sekejap... Happened when too tired.
    Lain Kali set 4am. Then 4.10am. the 415 am.. then425. Then 430am. That is it. Tak Kan terlajak sebab ia Akan mengganggu tidur anda Dari Lena Dan terjaga Beberapa Kali ..pasti tersedar...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!