IKAN BAWAL PANGGANG KUALI DI RAMADHAN KE 10

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum…

SATU kepuasan di wajah Iman bila Sk masakkan Ikan Bawal Panggang Kuali ini sebagai lauk berbuka petang semalam. Masakan Panggang Kuali ni memang disukai Iman dan antara masakan kegemaran SK sejak dulu. Yang pasti, setiap kali ibu Sk masak panggang kuali ni, Sk mesti akan masukkan nasi tambah dalam kuali bagi memastikan kuahnya licin, hahaha. Ialah, masak panggang kuali ni mana boleh kuah banyak-banyak, nanti lembiklah ikan atau ayam yang kita dah goreng tu, kan. Tapi yang ni, awal-awal Iman dah pesan suruh Sk lebihkan kuah. Menurut perintah ajelah sebab Sk pun memang suka kuah panggang kuali ni, sedappppppp.. phewwwww.. lagi sikit nak menitik ailio sambal taip ni, hahahah.


Kurang lada tapi tetap sedap, siapa lagi nak puji uiii kalau bukan diri sendiri. 
Iman siap bertambah nasi. Puaslah makan bawal seorang seekor, kih kih kih.
Gambar pun agak kurang cantik, kan sebab lampu yang dulu kan rosak, ganti lampu lain tinggi sangat pulak sebab wayarnya pendek. Nak ngangkut ke bawah lampu minyak tanah kalimantang malas. Jadi ini sajalah gambar yang terhasil dengan cahaya lampu kuning, huwa huwa huwa.

Namun jangan risau kerana ia tak akan menjejaskan keenakan Ikan Bawal Panggang Kuali ni.

Untuk resepi Sk pernah kongsikan banyak kali dan DI SINI salah satunya.

Sebab hari ni Sk rajin, Sk copy paste sini :)))

Pes Cili Bawang
100 gm cili kering,  dicuci bersih dan rebus hingga lembut
12 - 15 ulas bawang kecil 
* Masukkan cili dan bawang dalam jug blender. 
Masukkan air paras 3/4 cili dan bawang tadi. 
Tambahkan minyak masak separas dengan cili & bawang. 
Kemudian kisar hingga halus. 
Sedia digunakan mengikut keperluan. 
Resepi Ikan Panggang Kuali
3 - 4 keping ikan bawal dipotong atau ikan bawal kecil 
(Boleh guna ikan lain juga)
*perapkan ikan dengan kunyit dan garam,  goreng hingga masak. Ketepikan. 
Bahan kuah
1 batang Serai diketuk
1" halia diketuk atau hiris
1 senduk pes cili bawang 
1 cawan santan sederhana cair
Sedikit santan pekat
2 asam keping atau sedikit jus asam jawa
Garam secukup rasa
Daun limau purut (optional) 
Dalam kuali,  panaskan minyak masak. 
Masukkan serai dan halia.
Masukkan pes cili dan bawang.
Tumis sehingga pecah minyak. 
Masukkan sedikit air asam jawa,  kacau sebati. 
Atau boleh gantikan dengan asam keping. 
Masukkan santan sederhana cair. 
Kacau selalu hingga mendidih. 
Masukkan sedikit santan pekat. 
Kuah hendaklah pekat.
Masukkan daun limau purut. 
Kacau lagi sehingga mendidih dan sebati. 
Letakkan sedikit garam. 
Masukkan ikan goreng tadi. 
Kacau sekejap..  Siapppp!! 
Pes cili bawang tu hendaklah simpan dalam chiller tak perlu dibekukan. Ambil secukupnya guna senduk yang bersih setiap kali hendak memasak. 




SELINGAN
Kubis jer yang ada dalam peti sejuk.  Sk cuma tumis bawang putih dan merah dihiris dan masukkan kiub pati ayam, masukkan sayur dan goreng hingga kubis lembut.


Panaskan udang butter yang tapau dari Senibong Bay Seafood tu, masih tak hilang lagi kelazatannya, Alhamdulillah.


Sahur hari ke 11. Dah dua tiga hari tak sahur nasi, Iman kata tak tahan laparrr, hahaha. Masak Udang Goreng Kunyit aje, siappp.. takyah nak bersusah payah sangat, buat penat diri aje, huhu.



Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rare gila nama dia..tapi nampak kesedapannya tu..macam masak lemak pulak sebab ada santan..

    ReplyDelete
  2. Imannn makan puas-puas, nanti tak lama duk jauh dengan Bonda..gigit hujung bantal leee huhuhu....

    Nanti nak cubalah tapi kena buat ikan kembong, bawal tak berapa nak masuk rumah ni huhuhu

    ReplyDelete
  3. nangesssssss bacaaaaa...dahlerr i tengah craving ikan bawal..bukan tudung bawal yer..tudung xboleh kasi perut kenyangg .tapiii ikan boleh hhahahaahhaahs...🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!