Assalamualaikum…
PUAS memikio mencari Restoran Makanan Laut untuk makan-makan sempena hari lahir Pak Inche. Restoran Yeo Sekeluarga ke.. Danga Bay ke.. Tanjung Nelayan ke… Menate ke… Café Racer ke...
Yang penting tak mahu Ong Shun, Ong Shun sekarang ni kalau pergi amatlah menyakitkan hati. Dahlah ramai orang, bising, sempit, makanan lambat dan yang paling sakit hati layanan kasar dari pekerjanya. Lagipun, tak hari jadi pun boleh makan di Ong Shun. Iman kata, kita pergi makan kat Tip Top laaa. Haish, pakai cantik-cantik, takkanlah nak makan di Tip Top #matakeatas #fliptudung
Tetiba ting!
Teringat post Lisa Amani Visit Johor tentang Senibong Bay Seafood yang baru dibuka di Senibong Permas. Seingat Sk, dahulu ada sebuah restoran makanan laut di tapak asal yang sering kami pergi masa Iman kecik dulu. Khabarnya ada restoran yang baru dibuka dan yang penting masakannya halal dan tidak mengandungi alkohol apatah lagi bahan yang haram dimakan Muslim. Pekerja bahagian dapurnya pula ramai melayu kita. Jadi, Sk terus cadangkan untuk kami ke sana tapi sebelum tu kami ke Angsana Johor Bahru Mall dulu sebab Sk bercadang untuk menghadiahkan sehelai baju raya kepada Pak Inche. Haa.. yang tu esok kita cerita panjang ya.
Salah satu sebab kenapa Sk memilih Seafood Restaurant adalah kerana Pak Inche penggemar seafood dan nasi putih, hahaha. Rasanya dia lebih rela diraikan di kedai tomyam dari kita bawa dia ke restoran barat. Sekali sekala bolehlah, itupun kalau kita dah makan nasi di sebelah siangnya. Kalau tak, memang muncung panjanglah dan pendek kata, ada sahaja yang tak kena nanti. Jadi, jalan paling selamat cari restoran yang ada jual nasi. Tak payah ada udang dan ketam pun tak apa, janji ada ikan, haaa… gituuuu!
Gambar FB Senibong Bay Seafood |
Gambar FB Senibong bay Seafood |
Kami memilih untuk duduk di bahagian luar restoran yang berkonsep terbuka. Memang besar sungguh restoran ni berbanding tempat sebelum ini. Bukan sahaja lebih besar tetapi lebih moden. Sesuai dengan namanya, di bahagian luar restoran ada danga menjadikan suasanan agak sejuk dan dingin. Susun atur akuarium yang ditempatkan di sebelah dalam tepi restoran juga lebih kemas dan memudahkan pelanggan untuk memilih hidangan yang diinginkan.
Saat yang ditunggu-tunggu pun tiba apabila hidangan pertama diletakkan di atas meja.
Baby Squid atau Baby Sotong, lama giler tak dapat makan ni, pergi Yeo pun sekarang selalu tak ada stok baby squid ni tau. Bersinar-sinar mata Pak Inche bila nampak hidangan kesukaannya ni lagi-lagi bila rasanya yang amat menepati selera.
Baby Kailan.. haaa.. kitorang memang suka makan yang baby-baby ni, hahaha.
Baby Kailan Goreng Oyster atau Bawang Putih? Yang ni biasa ajelah rasanya, tak boleh celen Yeo Seafood, hehehe.
Sotong Telur Masin yang wallaaaaaaaaaweiii!
Tekstur sotong yang segar dan lembut dalam salutan sos telur masin yang sempurna.
Rasa pedas sikit sebab ada hirisan cili padi Thai dalam salutan telur masin, jaga-jaga!
Siakap Stim Nyonya atau Asam Pedas Nyonya.
Asam Pedas Nyonya agak berbeza dengan Asam Pedas Melayu yang berkuah (sup).
Cili hidup yang digunakan untuk menghasilkan pes asam pedas tidak mengecewakan langsung. Ia juga diletakkan hirisan bendi dan tomato yang memang serasi dengan masakan asam pedas.
Inisiatif chef membuang tulang rangka ikan menjadikan ia mudah dinikmati.
Chicken Lemon yang dihidangkan bersama kentang goreng. Pertama kali la jumpa chicken lemon ada kentang goreng, risau jugak entah-entah tu Chicken Chop dan tersalah hantar ke meja kami, rupanya betullah tu Chicken Lemon. Sedap juga tapi kentangnya kami tak makan sangat. Kalau ada anak-anak kecik tentu diorang suka makan kentang tu, hahaha.
Sepanjang April ni ada promosi Lobster tau, 3 ekor RM98. Sk tanya dengan stafnya besar mana lobster tu, dia kata dalam 200 gram seekor. Sk bayangkan kalau 200 gram memang makan kulit ajelah kita. Tapi kalau anda lebih kaya dari Ali, apa salahnya.
Ada yang tanya, Ali tu siapa?
Ada yang lagi kaya dari Ali ke? Nahhhh, order yang ni baru RM138 untuk dua ekor.
Haish.. Tanya lagi, Ali tu siapa?
Kalau awak kaya sangat lagi dari Ali tu, nahhh.. order yang ni baru RM168 seekor.
Ahhh.. googlelah sendiri siapa tu Ali?
Takpun awak ambil yang ini, RM268 seekor. Tengok lobster ni landing pun memang stail Aziz Satar(Allahyarham) dalam Ali Baba Bujang Lapok, hahahaha. Tu korang tak tengok dia berenang, siap tangan letak belakang tau, orang kayalah katakana, huwa huwa huwa.
Jauh datangnya dari Australia. Ini Ali tak makan, John yang makan. Siapa Ali?
Sk pun tak kenal? Hahahaha
Lepas makan tibalah debaran untuk membayarnya. Sebenarnya dalam menu tadi ada aje harga untuk setiap menu dan saiznya cuma kami kan orang kaya, jadi kai pakat sebut aje apa yang selalu kami makan di tempat lain. Siapa biasa baca blog Sk pun tahu kan, memang inilah selalu masakan yang kami order. Maklumlah… hahahaha.
Jumlah termasuk tax RM148.XX
Terkejut tau sebab tak sangka tempat yang ekslusif macam ni tak sampai RM150 pun.
Dua kali terkejut bila Iman kata dia bayar.
Fuhhhh.. Selamat duhet Mak Inche!!
Semoga suatu hari nanti Iman lebih kaya dari Ali.
Ali lagi!
Terima kasih, Iman!
Perghhh Ali Iman ke hahahahaha....eh Ali lagikkkk
ReplyDeleteIman...bila nak belanja Aunty pulakkkk....ais kepal pun jadi lerrrrr
mungkin Ali tu saudagar Arab dahulu kala yang kaya raya..hahahahahha
ReplyDelete