RESEPI BUBUR SOM SOM YANG SEDAP DAN CAIR DI MULUT

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum... 

BUBUR SOM SOM..  Pencuci mulut atau dessert yang menjadi idaman setiap kali bulan Ramadhan.  Kemanisan gula melaka yang digabungkan dengan adunan tepung beras yang lemak masin setelah dimasak bersama santan berkolaborasi menghasilkan nikmat yang tidak terkata. Namun begitu ramai yang mengeluh apabila Bubur Som Som yang mereka beli di bazar tidak menepati citarasa.  Adunan Som Som yang agak keras serta gula melaka yang cair bair selalu mendatangkan rasa kecewa.  Jom buat sendiri bubur som som yang dijamin cair di mulut tauuu... 
Kali ini Sk buat kerja senang,  masuk semua adunan dalam satu bekas besar,  nak makan baru cedok,  hahaha.  Kalau anda rajin,  bolehlah masukkan adunan dalam bekas yang comel-comel 😍😍😍


BUBUR SOM SOM CAIR DI MULUT

1 cwn tepung beras
5 cwn santan
(Sk campurkan 250ml santan kotak dengan air secukupnya untuk kuantiti 5 cwn) 
1/2 tsp garam
2 helai daun pandan (disimpul) 

Cara -
Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar atau periuk.  Kacau hingga tepung larut sepenuhnya. 
Buka api sederhana,  kacau guna hand whisk sehingga adunan pekat,  mendidih dan meletop-letop,  tutup api. 
Masukkan adunan ke dalam acuan mengikut citarasa.

Air Gula

3 ketul gula melaka saiz mini
1 cwn air 
2 helai daun pandan (disimpul) 
Secubit garam

Cara-
Masukkan semua bahan dalam periuk kecil dan didihkan. 
Bila dah mendidih,  renehkan seketika. 
Kemudian tapiskan gula. 

Sedap dimakan ketika suam-suam. 
💓💓💓

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nak carilah kat bazar petang nanti

    ReplyDelete
  2. Aishhhh masuk peti ais makan sejuk-sejuk...dapnyaaaaa

    ReplyDelete
  3. uishhhh...tiberr tekak nak sagu gula melaka. 😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!