MAGGI TUMIS UNTUK SAHUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum... 

BILA dah tiada idea makanan apa untuk bersahur,  maggi lah jadi penyelamat..  Hahaha.  Sebenarnya dah bosan makan lauk perangat dan malas nak masak nasi. Iman pulak dah beberapa hari request nak makan maggi tumis,  jadi tibalah masa melayan maggi waktu bersahur. 

Maggi tak elok??  Alahai,  hukan ambil selalu pun.  Paling-paling sebulan sekali.  Sk pun dah pesan berkali-kali dengan Iman,  nanti dah duduk jauh jangan pulak belasah maggi tiap-tiap hari.  Tengahari wajib makan nasi dan pagi mesti sarapan susu. Baru otak tu boleh berkembang 😁😁😁

Kalau disebut tentang maggi tentu kita tahu bahawa ia mee segera kan.  Tagline nya dulu-dulu..  Cepat Dimasak Sedap Dimakan.. Sk tak boleh brain la jumpa orang yang rajin sangat masak mee segera macam buat mee goreng mamak.  Macam tu dah tak jadilah mee segera.  Tapi ikut citarasa masing-masing la kannn..  Dia yang masak kita yang panas dah kenapa?  
😂😂😂

Sk pun tahu menumis maggi sejak bekerja. Masa tu ikut kawan pergi makan di kedai mamak.  Dia order mee maggi letak bawang banyak-banyak.  Mamak tu siap cakap, mana ada orang masak maggi letak bawang,  hahaha.  Masak ajelah mamak,  kata kawan Sk.  Bila dihidangkan Sk jadi pelik,  pertama kali nampak maggi ada bawang.  Sk kalau masak,  rebus terus aje
😆😆😆😆

Resepi Maggi Tumis ni saja Sk taip di sini senanglah nanti Iman nak masak sendiri bila dah berjauhan dengn bonda,  hahahaha.  Iman kata,  maggi tumis bonda paling sedap.  Ialah,  masakan siapa lagi yang paling sedap kalau bukan ibu sendiri kan,  tak gituhhhh.


Maggi Tumis

Maggi perisa kari
1 bawang besar saiz kecil dimayang
5 biji cili padi potong bulat atau ketuk jer pun boleh
Sebiji telur
Satu cawan kecil air

Cara - Panaskan kuali,  letak sedikit minyak masak. 
Tumiskan bawang hingga naik bau,  masukkan cili padi,  tumis lagi sehingga bawang garing.  
Masukkan rempah kari maggi,  kacau cepat-cepat,  sambil tuang air sedikit-sedikit sampai naik sedikit minyak. 
Tuang semua air,  masukkan maggi, pecahkan telur. 
Biar mendidih sekejap dan maggi lembut,  tutup api. 

INI BARULAH CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN!

Sk punya letak Half Boiled Egg

Lepas makan jangan lupa basuh kuali ya sayang 😘😘😘



Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnyaaa lahai, telan ayaq liurr..
    Kita puasa ni belum ada sahur maggi lagi..bangun 4am tetap kena masak huhuhu...

    Paling ngeri terlajak sahur, kang kena bebel dengan Amat huwaaaa

    ReplyDelete
  2. megi walaupun x sihat tp tu yg sedap.. haha.. kak seri, kite dulu time study masak megi dlm periuk nasi.. tumis cili boh (x yah letak bawang) pastu masukkan air, perasa megi & megi.. tambah garam sikit, then dah mendidih pecahkan 2 biji telur.. perghhh.. masak 3 pack makan 5 org.. haha

    ReplyDelete
  3. hahahah nota kaki paling sweetttt buat iman

    ReplyDelete
  4. Terimakasih banyak infonya,.. http://bit.ly/2wdeGm2

    ReplyDelete
  5. Alaaaaa...kenapa la tengok time2 ni...terus segar mata tapi perut berbunyi....aduhaiii...kejam betul post ni la....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!