CARA MASAK MEE BANDUNG MUO YANG MUDAH DAN SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
Assalamualaikum...


MAKAN malam Sk malam tadi, Mee Bandung Muo.
Menggunakan rempah mee bandung segera jenama Mak Pon
yang dibawa dari Muar oleh kawan sekerja. Disebabkan Pak Inche antara penggemar mee bandung, jadi Sk pesan juga sebungkus, kot-kot tak ada idea nak memasak lauk-pauk, bolehlah kita membandung, hihi.


Sk dah pernah cuba sekali lamaaaaa dulu rempah mee bandung jenama yang sama. Apa yang SK perasan rempahnya telah ditambah baik. Tak silap dulu rempahnya agak basah tetapi kini sudah dikeringkan. Cara memasak masih sama, campak aje dalam kuali bersama air. Lebih enak jika kita gunakan air rebusan tulang atau daging lembu.


Sk juga pertama kali guna mee kuning NuMee jenama Gardenia.
Sk baca banyak komen pasal mee ni, ada yang kata sedap, ada yang kata, tidak. Sedap tu, kan subjektif, kan. Bagi Sk sendiri, mee bandung semalam tu sedap giler. Tak tahulah sedap giler tu sebab mee kuningnyakah yang sedap atau rempah mee bandungnya yang sedap atau memang Sk yang masak sedap, hahaahahahahah.


Mee Bandung dengan Telur Goyang.
Teringat zaman belajar silat dulu, asal balik dari kelas, mesti singgah makan mee bandung di Medan Selera Taman Kobena demi menikmati semangkuk mee bandung dengan telur goyang ni. Tukang belanjanya Iena yang sangat pemurah hati. Zaman tu metabolisme tinggi uii.. makan banyak pun tetap cekeding, hahahaha.

Cara masak Mee Bandung guna Rempah Mak Pon

1. Sk rebus dahulu daging dalam ketulan besar, kemudian daging yang telah direbus, hiris nipis.
2. Masukkan rempah Mak Pon secukupnya dalam kuali yang dalam bersama air rebusan daging atau tulang. Anda boleh agaklah nak cair atau pekat macam mana, mee bandung kuahnya jangan terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat. (Lebihan rempah tu boleh simpan balik dalam peti sejuk di ruangan beku kalau lama lagi nak masak balik).
2. Masukkan batang sayur sawi, masak sekejap hingga lembut, kemudian baru masukkan daunnya.
3. Masukkan mee kuning secukupnya serta daging yang dihiris.
4. Pecahkan telur, siramkan perlahan kuah yang mendidih ke atas telur hingga telur separuh masak.
5. Ceduk mee ke dalam mangkuk dan letakkan telur setengah masak tadi perlahan-lahan di atas mee.
6. Siap untuk dihidangkan.

Sk tambah juga potongan tauhu goreng, lagi nyummeh!



Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Senang skrg nak masak mee Bandung ye SK..
    Guna pes je..
    Nanti balik kg nak Cari juga Pes mee Bandung ni...

    ReplyDelete
  2. Kak, ada orang jual ek? Kita nak kirim Kak belikan 2, kita suka paste yang ni..memang sedap...

    ReplyDelete
  3. oooo ni la asal usul telur kuning dilarang makan, sebab tu mak inche punya tu ekkk...hahahha

    ReplyDelete
  4. mak pun ni memang pemess kann.. orang muo kalo dtg jb bawak buah tgn ...kasi ni lahh hahahaha....

    ReplyDelete
  5. SA suka je pes mak pon ni...semuanya sedap

    ReplyDelete
  6. bolehlah try Mak Pon pasni..selalu ammi guna Maharani tu je.

    ReplyDelete
  7. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!