MAKAN DI JAWS SEAFOOD GREENLAND DANGA BAY

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

TERGODA dengan hasutan Sis Lin yang makan di Jaws Seafood Greenland Danga Bay, Sk mengajak Pak Inche ke sini minggu lepas, selepas balik dari kampung. Biasalah, kalau dah balik berjalan tu, mood nak memasak memang merudum.. (aiii.. bukan sentiasa merudum ke berjalan tak berjalan 😝)

Ini pertama kali Sk ke Jaws ni. Dulu.. Sk biasa datang Danga Bay ni untuk makan di Lobster Besar.. dah lama giler tak datang makan kat situ. Sk mengajak Pak Inche ke sini salah satu sebabnya teringin nak makan Ikan Bakar Garam yang macam di Carabao tu. Carabao pun dah lama giler tak pergi, huhu.


Appetizer katanya, rojak. Hari tu, semua orang telah dipastikan mengambil nasi pada waktu tengahari terutama Pak Inche. Ialah, nak makan santai-santai katanya sambil duduk tepi jeti. Entah kenapa malam tu cuaca tenang tak berangin tapi ada pulak anak buaya sesat berenang-renang di tepian, hahahaha. Nasib anaknya, kalau bapaknya, haruuuu!


Makanan yang dipesan sampai dengan cepat dan presentation mantap. Pinggannya bukan main lawo sesuai dengan persekitaran. Bolehlah feeling-feeling makan dalam cruise.


Nyonya Style Fried Rice.. pilihan yang tidak mengecewakan.
Terdapat dua pilihan nasi goreng, bagi yang suka masakan pedas, bolehlah order Nyonya Style Fried Rice ni. Tapi bagi Sk taklah pedas sangat. Ada potongan nenas dalam tu, jadi ada rasa macam nasi goreng nenas juga.


Pilihan yang salah bagi Pak Inche. Kuey Teow Goreng ini terlalu banyak kicap. Nampak tak, penggemar kicap pun tak suka jika ada banyak kicap dalam kuey teow goreng, hahaha.


Iman tak makan nasi lagi, katanya. Tapi tak habis makan, pun sebab banyak rasa kicap.
Tulah.. orang dah kata, makan nasi goreng aje, simple!


Tengoklah pinggannya kemahen besar. Kalau tak kuat makan, janganlah order sorang sepinggan. Iman yang kuat makan pun tak habis tau.


Pla Pao atau Ikan Bakar Garam.
 Dihidangkan bersama sos yang sangat sedap. Seekor ni RM19.90 aje kalau nak rasa macam mana Pla Pao tu, kenalah order dengan saladnya sekali. Cara nak makan, bungkus isi ikan dengan salad, buh suhun sekali. Ish, patut kena ada daun selasih, lagi power!


Negara di seberang sana, Temasik. 
Sayuuuuuppppp.. yang nampak bercahaya tu, bulan sabit yang sedap tersenyum lebar.


Kalau hujan boleh makan dalam khemah-khemah cantik ni.


Sebab tak hujan, kami makan bawah payung aje


Burppp... Alhamdulillah....

Jaws Seafood Greenland Danga Bay
Jalan Ismail Sultan
80200 Johor Bahru,  Johor

019 6926070

Buka setiap hari
12pm - 12am




Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. cantikkkkk tempatnya kak... sambil makan sambil cuci mata... mmg sesuai utk family bonding ni

    ReplyDelete
  2. Bestnya tempat ini! Sambil makan, sambil layan angin sepoi2 tepi pantai :)

    ReplyDelete
  3. Alaaaa terus rasa nak ikan garam tu....
    Santai kan kak kalau makan sini...cuma dia tutup awal..kalau tutup lambat, syokk tu hirup udara segar...

    ReplyDelete
  4. Macam terasa-rasa pula bayu laut & aroma ombak

    ReplyDelete
  5. IONQQ menyediakan permainan poker, domino99, bandarq, bandarpoker,aduq,sakong,perang bacarat dan capsa :D
    ayo ditunggu apa lagi
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!