MAKAN DI THE J

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...


DI SUATU petang yang damai, Pak Inche ajak makan di The J, selepas mengambil Iman pulang dari pejabat. Ini kali kedua, Sk dan Iman ke The J dan kali pertama bagi PI. Suka konsep tempahan makanan di sini, walaupun The J ni merupakan medan selera dengan pelbagai stall tapi kita terus menghantar satu tempahan sekaligus di kaunter dan terus membuat bayaran sekali arung.


Pak Inche pesan Bakso Urat. Sebelum ni Iman pernah makan Bakso Beranak di sini tak silap. Yang paling besar dalam mangkuk tu ialah bakso yang dibuat dari urat, sedap. Pak Inche makan separuh, separuh lagi dia suruh Sk habiskan termasuklah bakso yang paling besar tu. Perangai sungguh laaaa..


Hot lemon untuk Sk, bandung tiga layer untuk Iman dan Ice Lemon Asam Boi untuk PI.


Iman pesan Nasi Ayam Semur. Sambalnya boleh pilih tahap kepedasan 1 hingga 3. Iman pilih no 2.. pun dah pedas gila. Mujurlah ayam tu dilumur dengan kicap dan kicap tu meneyeimbangkan rasa pedas. Walaupun namanya ayam semur tapi rasa ayam masak kicap biasa aje. Jadinya, tak habis makan la, tak suka kicap kan.. makkk la tukang ngabiskan.


Yang soh kita habiskan bakso dia tu, dia nak makan capati ni laaa. Sedap dan lembut capatinya cicah kari daging.


Sk pesan Roti John dan Sup Kambing. Roti tu makan sepertiga ajelah sebab dah tolong habiskan bakso dengan nasi 😜. Sup kambing pun makan dua ketul lepas tu bungkus.


Order Tpokki ni nak makan kongsi dengan Iman, tapi soh Iman habiskan semua sebab dia kata sedap. Kesian pulak kan tadi dia dapat ayam kicap tu, hehe.


Sotong Kangkung.
Ni soh Pak Inche habiskan sebab dia yang order. Kalau boleh satu food court dia nak makan.


The J Seri Alam

6J, Jln Suria, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

Telefon 018 9644202

Buka setiap hari 12 pm hingga 12 am


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uihhh depa punya oder mcm nak mkn 5,6 org hehe

    ReplyDelete
  2. Sotong kangkung oh sotong kangkung!
    Sedapnya ratah sotong, tinggalkan kangkung hehehehe.

    ReplyDelete
  3. Kenapa saya baru baca...Wahahaha..tak pernah rasa topokki kat situ...
    Nanti bebila try..kalau Iman cakap sedap, mesti sodappp tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!