MAKAN AYAM VARUVAL DI ASHOKA CURRY HOUSE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

DARI minggu lepas, Iman mengajak babahnya makan Nasi Daun Pisang di Ashoka Curry House. Dulu, masa cuti Jumaat, asyiklah ajak maknya makan ala mat saleh, bila cuti Ahad dah saing bapaknya, manalah babah nak layan tekak mat saleh tu, kan. Jadinya, diajak makan nasi daun pisang 😆

Tapinya, masa tu kan Pak Inche baru ucapkan Selamat Tinggal pada Mr Rush. Sementara tunggu kereta baru, patah kakilah sekejap. Apa ketidaknya, kereta gantinya Mr Ferari. Ferari tau.. bukan Ferrari, hahahaha. Tu yang seminggu pergi kerja sama sebab tak larat nak kayuh Ferari.. hihi.


Nak makan Nasi Daun Pisang, tapi dapat makan dalam pinggan bentuk daun pisang je, sebab daun pisang habis. Aduhhh.. pishang laaa.. tak apalah, janji dapat makan lauk Ayam Varuval. Asalnya, Sk tak ada rancangan pun join dua beranak ni lunch. Cuma Sk minta tapaukan dan hantar ke pejabat. Tapi, tiber rasa lapar sangat pulak, kalau tunggu dorang hantar, mesti la lagi lambat, kan. Mahu migrain Sk nanti kelaparan, hahaha.


Dari pejabat Sk, kami terus ke Ashoka di Jalan Dapat. Belum pukul 1 pun, tapi dalam tray, kuah aje yang tinggal. Jangan kata Ayam Varuval, Kari Ayam pun habis. Jadinya, PI kata, kita pergi cawangannya di Adda Heights. 


Happy la Iman dapat jugak makan lauk Ayam Varuval. Sebanyak tidak dikautnya ayam tu. Kuah haruslah banjir. Sayur tak mahu makan sebab jika di Ashoka ni, Iman cuma suka dengan sayur kubis atau taugeh. Tadi ada peria dengan kacang panjang. 


Hurmm.. hari ahad pun sibuk dengan kerja. Tak pasal iklan, pasal bola. Sebelah tangan suap nasi, sebelah sibuk whatsapp dan telefon sana-sini. Sedar-sedar tinggal tulang ayam dalam pinggan 🤣

Lepas makan tu, borak-boraklah tiga beranak kat luar restoran. Terus cakap dengan Iman, Sk mula makan di Ashoka ni sejak zaman belajar sampai sekarang. Dari umur Sk baru 18 tahun sampai sekarang dah ada anak umur 20 tahun, bayangkan.. punyalah lama. Lepas kenal Pak Inche, lagilah menjadi-jadi makan di Ashoka ni. Pindah mana-mana pun, kami mesti cari punya. Tak risau makan di Ashoka kerana mereka ada pamerkan sijil halal pembekal ayam dan daging. 

Hurmmm.. nasib baik laaaa kat pejabat, kalau kat rumah, mahu tepuk bantal ni.. 
😜

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ooo SK memang kerja hari Ahad kan....best la pi makan kat sini....SA pun dah lama x pekena Ayam Varuval....

    ReplyDelete
  2. Hehe oklah PI itu kerja jalan makan laju habis. Kalau saya memang lambat kalau makan sambil buat kerja.
    Untungnya Iman permintaan dipenuhi.

    ReplyDelete
  3. sedapnya lahaiiiiiiiiiii terliur dah

    ReplyDelete
  4. SK ni buat kita craving la pulak :p

    ReplyDelete
  5. Kuah wajib banjir... baru ada ummpphhh! Agaknya kalau kuah kari tumpah atas daun pisang ori, aromanya terus naik kot.

    ReplyDelete
  6. nasi kandar ke nih makcik.. nmpk sedappp

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!