BELI DURIAN KAMPUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

IMAN bagi hint, bonda dengan babah tak nak beli durian ke? Bila Sk beritahu Pak Inche, balik dari makan malam terus dia ajak cari durian sebab hari ni Iman dah nak balik kolej. Kami ikut pekan lama Kangkar Pulai dan singgah gerai durian depan balai polis.


Gerai ni jual durian kampung aje, no musang king, musang queen, ioi, D24 atau lain-lain durian kayangan. Harga durian bermula dari RM3. Kalau ambil borong, dapatlah kurang seringgit sekilo. Tak pastilah borong tu dikira banyak mana sebab memang tak ada plan nak beli banyak, cukup melepaskan keinginan anak tekak.


Durian harga RM10 sekilo habis diborong oleh pelanggan sebelum kami. Sk pulak bertekad, alang-alang Pak Inche nak membeli, nak la yang termahal terbaik, hahaha. Kecewa jugak tak ada musang king atau ioi, jadi Sk minta yang RM15 sekilo, nak dua biji aje pun. 


Abang penjual durian tu kata, yang 12 sekilo pun elok juga tapi nak juga la yang 15 ni sebab nampak lebih hensem, hahaha. "Nak yang macam mana? Nak yang manis ke.. pahit-pahit ke? Teringat Iman pernah beritahu, dia suka yang pahit-pahit. Jadi, kami minta yang pahit dan manis. Abang tu ambil sebiji dan mendekatkan ke lubang hidungnya. Dia menghidu dalam-dalam, sebiji sebiji.
Pak Inche tanya, macam mana tahu, durian tu senyum ke apa? Amboi, buat lawak pulak Pak Inche ni. "Dah biasa, kata abang tu. Kemudian dia menakuk sebiji durian dan menunjukkan isinya kepada kami. 


Durian ni, kalau bahagian ni tak elok, dia jatuh RM5 sebiji, tawar abang ni sambil menunjukkan tanda sedikit hitam pada kulit durian. Sk cuba memahamkan seketika maksudnya dan kemudian bersetuju. 


Dia kemudian menakuk bahagian lain, elok isinya. Jadi, dia akan buka bahagian bertanda tadi pula. Kalau bahagian tu elok, maknanya kira RM15 sekilo, kalau tak elok, RM5 sekilo. 


Jatuh RM5 sekilo sebab sepangsa tidak elok. Setelah ditimbang, RM8 sebiji. Kami pilih sebiji lagi durian. Dari hajat nak beli dua biji, dah jadi tiga biji. Tu sebab la risau nak beli-beli durian ni, dah berapa kali terjadi, kata nak beli dua biji, tiber beli seguni. Tiber kena RM200, hahaha. Tapi abang ni bagus, tak la main takuk aje durian dan paksa kita beli.


Dua biji durian yang elok, RM58 tambah sebiji yang berharga RM8, jumlah RM66. Abang tu kira, RM60 sahaja. Sk kira-kira, kami cuma bayar RM2 jer la untuk durian yang rosak sepangsa tu. 


Puas hati la dapat isi durian kampung macam ni.  Tapi.. tapi .. tapi....

v

v

v

v

v

v

v

v

v


Yassalammmmm...

Durian yang sebiji jadi RM2 tu tak boleh bukakkkk!!!
😭😭😭

Kenapa?
Kenapa? 
Kenapa tatawwww!!

Hampir sejam ya.. dan Sk terpaksa korek isi durian tu, hahaha.. berbeza dengan durian lain tu, bijinya nipis dan isinya lebih sedap dari durian yang dua biji lagi tu. Sk agak pasti ada hikmahnya kenapa tak boleh buka. Bayangkan dah hogah dua orang pun tak terbuka pangsa durian tu dan seolah dia bercantum semula. Sk cakap dengan Iman, ada la hikmahnya tu.. mungkin bahagian yang tak boleh buka tu beracun!! Hahahah.

Kalau tu yang RM15 sekilo, memang Sk hantar semula kat abang tu mintak yang baru, hahahaha!!
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kita tungg wak warisan petani terangkan ek kenapa tak boleh bukak...ahahahahahha

    ReplyDelete
  2. Siapa lah conteng muka kartun kat papan harga durian tu... hahaha

    ReplyDelete
  3. Adoiiiii.....kita tumpang berpeluh tengok kedegilan durian tu takmo terbuka🤣

    Sukanya durian kampung.....

    ReplyDelete
  4. Kita geram Kak bukak FB semua durian, nak beli tunggu laa Laki beli.. tapi geram punya hal, semalam beli pukut durian, ada 4 ulas durian, ya rabbi puas gilerrr, sebab durian dia pahit sedapppp

    ReplyDelete
  5. Alaaaa...kita dh 2 tahun x makan durian ni...semua sebab Mak Pah x leh makan...nak curi2 makan durian pun takut dan x sampai hati...sure dia akan terbau nanti kan...x aci ni sana- sini diorang duk up durian ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!