MAKAN-MAKAN DI KAMPUNG MORTEN MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

DAH berapa kali datang Melaka, selalu nampak papan tanda Kampung Morten. Pernah nampak perkampungan tradisional di tepi sungai ni dari salah sebuah hotel yang pernah kami inap jika bermalam di Melaka. 


Kali ini ke Melaka, untuk santai-santai saja. Tak ada pulak Pak Inche sebut nak makan ikan bakar atau asam pedas. Lepas makan di Restoran Sup Lembu Tangkak, kami jalan-jalan sekejap ke Aeon Bandaraya Melaka sebelum balik ke hotel. Dah jam 9, baru keluar cari makan, nak makan Nasi Lemak Ujung Pasir, sampai sana tutup. Setahu Sk, NSUP tu memang bukanya siang aje, tapi Pak Inche kata, sekarang dah buka malam, dia tengok kawan dia makan. Kemudian, PI kata, jom kita makan Nasi Lemak Kampung Morten.


Kami letak kereta di perkarangan sebelum memasuki gerbang Kampung Morten. Dari jauh dah nampak meriah ya, ada gerai-gerai di perkarangan rumah tradisional dan meja-meja diletakkan di laluan pejalan kaki tepi sungai. Nampak ada satu kedai nasi lemak, namanya Nasi Lemak Wan Loyah.


Kami duduk mengadap hotel ni, apa tah namanya.. hahahaha. Nampak tak pokok-pokok yang merimbun tu.. banyak kelip-kelip ya kat situ. Siapa yang tak dapat pergi tengok Kelip-Kelip kat Kuala Selangor, boleh tengok kat sini. Cuma macam keliru sikit, ini kelip-kelip atau kunang-kunang? Sebab, katanya, kalau kelip-kelip, ia tak suka duduk dalam terang.


Memnag port terbaik untuk healing katanya. Air ni memang memberikan ketenangan, kan.


Seronok tengok cruise lalu-lalang.


Pak Inche korang ni, kan.. Sk dah pesan beli sate 10 cucuk aje. Sate kurang rasa rempah.

Sate Daging - 10
Sate Babat - 5
Jumlah RM18


Nasi Lemak Wan Loyah.. sedappppp. ada sayur kangkung yang dicelur.


Pak Inche makan Nasi Lemak dengan Ayam Goreng. Berapa kali dia dok puji ayam goreng sedap.

Nasi Lemak Telur Sebelah - 2
Ayam Goreng - 1
Nescafe Panas (Mug Besar Gedabak) - 1
Teh O Panas - 1

Jumlah RM14


Kita rekod video dorang, dorang rekod video kita, haha. Ada yang sporting, siap lambai-lambai walaupun tak kenal.



Masih raya, lagi, kan... siap pakej tengok bunga api sekali.. hahaha. Sungguh terhibur ya, tengok kelip-kelip, tengok cruise, tengok bunga api.. sungguh wow la makan malam di Kampung Morten ni. Plan dengan Pak Inche, nak cuba sekali menginap di salah satu homestay yang terdapat di Kampung Morten ni. Kena tunggu cuti panjang la nanti, insyaAllah.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA suka sangat Melaka...nanti la nak healing kat sini gak..suka lepak tepi sungai tu...x pernah lepak malam lagi

    ReplyDelete
  2. lamanya tak jenjalan kt melaka kak oi

    ReplyDelete
  3. suami kita orng melaka tapi kita tak pernah lagi makan2 kat area morten tu. encik suami kata tak kuasa nak hadap jam kat situ :(

    ReplyDelete
  4. Wah..menarik view sini..syok ni makan sambil layan view

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!