DADIH UNTUK JAMUAN TERLAJAK RAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT

MENGULANG sejarah tahun lepas, sekali lagi tahun ini, Unit Pentadbiran dan Kemahiran Kolej menyumbang hampir 500 bekas dadih untuk Jamuan Raya tahun ini yang akan berlangsung esok.


Disebabkan kekangan masa dan pelbagai perkara berkaitan kolej seperti cuti panjang dan peperiksaan menghalang pihak kolej untuk merancang maka terlajaklah program raya kami tahun ini. Namun ini bukan halangan untuk kami menyediakan dadih sebagai ole-ole untuk pelajar esok sepertimana tahun lepas.


Plan asal, memasing ambil dua bungkus dadih dan sediakan di rumah masing-masing kemudian bawa ke kolej pada hari kejadian. Tapi, memasing memberi alasan peti sejuk di rumah penuh, mana hendak simpan dadih. Jadi, buatlah di kitchen pastry.


Sk pulak, awal-awal dah bawa balik bahan dadih yang telah dibeli Ina sejak hari Ahad lepas. Kenalah mendadih di rumah sendiri.


Syukur, muat semua dalam peti ais. Sk pilih perisa jagung dan coklat. Dapat 91 mangkuk dadih saiz mini. Nampaknya esok pagi-pagi, kena bertungkus lumus la mengangkut dadih masuk kereta. Semoga cukuplah esok memasing seorang seketul, hehehe. 

Tak sabar esok nak pakai baju raya 
😍😍😍😍

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah..seronoknya...ada majlis terlajak raya...sekarang ni x kisah...janji ada majlis...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!